00:00Dua mekanik termasuk seorang orang kurang upaya OKU Lembam didakwa di Mahkamah Magistrat Kulai kerana menunggang motosikal secara melulu dan
00:09merbahaya di Lebuh Raya Ling Kedua, Gelang Patah, minggu lalu.
00:14Tertuduh Muhammad Ridwan Abdul Ghani, 26 tahun, dan Muhammad Aiman Izuddin Sukri, 25 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan
00:25dibacakan secara berasingan di hadapan Magistrat R. Salini.
00:30Mengikut pertuduhan, mereka yang menunggang motosikal Yamaha didakwa menunggang secara melulu dan merbahaya kepada pengguna jalan raya lain di Lebuh
00:39Raya Ling Kedua, jam 7 pagi 22 Ogos lalu.
00:43Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 42 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
00:51Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 5 Oktober depan.
01:00Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Li mengesahkan sembilan lagi suspek terlibat termasuk pempengaruh permotoran yang
01:11bertindak menutup jalan demi berlumba haram dibebaskan dengan jaminan polis pada Rabu dan Kamis.
01:18Terdahulu, 8 individu termasuk pempengaruh permotoran di reman pada Isnin, manakala 3 lagi di reman semalam kerana disyaki terbabit menutup
01:27jalan demi berlumba haram di Lebuh Raya Ling Kedua, 7 pagi 22 Ogos lalu.
01:33Terima kasih telah menonton!