Skip to playerSkip to main content
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan atau tindakan kerajaan susulan insiden video tular di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.

Mohd Shuhaily berkata, dirinya bersedia bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan menyerahkan sepenuhnya siasatan lanjut kepada pihak berkuasa bagi memastikan perkara itu dapat diselesaikan secara adil.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798582/berita/semasa/isu-video-tular-di-klia-mohd-shuhaily-sedia-bertanggungjawab-terima-apa-sahaja-tindakan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #AKPS #MohdShuhailyMohdZain #isuvideotular

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dan kejahatan media ini saya panggil untuk memberikan penerangan dan penjelasan kepada video yang tertular
00:07dan juga dua laporan polis yang tertular berkaitan insiden yang berlaku di KLIA yang melibatkan saya dan juga paksukan saya.
00:17Di mana semua sedia maklum membaca daripada laporan tersebut kejadian berlaku pada 28 hari bulan.
00:23Pada 28 hari bulan tersebut, saya bersama paksukan saya membuat tinjauan persediaan dan kesediaan AKPS
00:32dalam menerima pengunjung sempena pelombaan Formula 1 hujung minggu ini.
00:39Selesai daripada tinjauan persediaan tersebut, saya dengan pegawai saya dibantu oleh pegawai-pegawai FSEC
00:47telah naik ke atas untuk membuat penguatkuasaan terhad kepada sendikit ulat warga asing
00:54yang mana saya menerima aduan dan dakwaan yang semakin ketara.
00:59Selain daripada alasan tersebut ataupun faktor tersebut, peningkatan sekatan barangan yang kami lakukan di tempat pemeriksaan bagasi
01:10semakin meningkat yang mana, di mana yang dimaklumkan oleh saya pada hari Ahad lepas di Sergaman
01:19hampir hari-hari kita menjumpai sendikit yang cuba menyeludup dadah ke Eropah.
01:26In fact, hari ini pun ada satu lagi dan juga kontraband-kontraband yang lain.
01:31So, having that two factors combined, saya membuat keputusan pada hari tersebut
01:37untuk membuat penguatkuasaan terhad di atas, di paras lima ataupun di pacar.
01:45Yang mana kebetulan pada masa dan saat itu, apa yang kami terima berlaku di depan mata kami.
01:53Dan di situ, kita telah menahan seorang sendikit ulat warga asing dan kemudian kita bawa ke dalam bilik
02:01pemeriksaan bagasi kepunyaan EFSEC.
02:05Ingin saya tegaskan di sini setegas-tegasnya bahawa penguatkuasaan itu hanya melibatkan pegawai AKPS dan EFSEC.
02:15So, dalam bilik itu, sepatutnya hanya ada pegawai daripada AKPS dan EFSEC sahaja.
02:21Tanpa kita sedari, semasa saya menemual warga asing tersebut, muncul dua individu yang tidak kita kenali
02:28sedang merakam perbuatan saya dan paksukan saya menemual warga asing tersebut.
02:35Apabila didekati oleh pegawai saya dan bawa mereka ke depan dan melihat apa yang dirakam,
02:41arhan telah diberikan untuk mereka memadam.
02:44Dan seperti mana tuan-tuan dapat lihat dalam klip tersebut, saya telah memberikan amaran yang paling tegas,
02:51setegas-tegasnya sebagai seorang pegawai polis selesai insiden yang pertama.
02:59Apa yang berlaku selepas itu ialah laporan polis dibuat ke atas diri saya selepas sehari daripada kejadian
03:08dan juga klip yang telah ditularkan itu.
03:12Pada hari yang sama ataupun hari yang kedua, satu lagi laporan polis telah dibuat ke atas diri saya
03:18di mana ia dibuat pada pukul 5 pagi, 30 hari bulan.
03:23Itu yang menyebabkan saya dan paksukan saya setelah berbincang, terpaksa membuat satu laporan polis
03:29untuk mengatakan bahawa ada usaha mungkin untuk mencemar nama ataupun image AKPS secara amnya
03:39dan khususnya nama saya.

Recommended