00:00Bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji TH dan bekas Ketua Siti Usaha Perbendaharaan KSP direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan
00:09susulan isu yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI TH.
00:15Majistret Ezrene Zakaria menetapkan tempoh tersebut yang berakhir 2 September depan selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM pada
00:27Khamis.
00:27Mereka yang bergari dan memakai baju jingga tiba jam 9.30 pagi Khamis diiringi pegawai penyiasat SPRM bagi permohonan reman
00:36di hadapan Majistret.
00:37Sementara itu, Peguam Bela Dato' Abu Bakar Isa Rahmat memaklumkan anak guamnya disiasat mengikut Seksyen 23-1 Akta SPRM 2009
00:48atas kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.
00:52Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kedua-dua tokoh berusia 60-an itu ditahan jam 4 petang Rabu ketika hadir ke ibu
01:00pejabat SPRM.
01:02Sebelum ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif CEO TH direman 7 hari sehingga 27 Ogos untuk membantu siasatan berkaitan pendedahan RCI
01:12mengenai TH.
01:13Pada 14 Ogos lalu, 7 individu termasuk seorang wanita yang terdiri daripada seorang CEO, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat serta
01:234 bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan isu sama.
01:32Terima kasih telah menonton!