00:00Memiliki pekerjaan dan pendapatan sendiri belum cukup untuk mengukur kemerdekaan ekonomi wanita.
00:05Pensyarahkanan Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender Kanita Universiti Sains Malaysia Dr. Zairini Azmi berpandangan
00:12ukuran itu perlu meliputi pembelikan aset, akses kepada modal serta kuasa membuat keputusan kewangan sendiri.
00:21Menurutnya wanita yang bekerja masih boleh berdepan kewangan ekonomi termasuk jurang pendapatan,
00:26keterwakilan dalam jawatan pembuat keputusan serta beban penjagaan keluarga.
00:32Bagi usahawan wanita, akses kepada modal, rangkaian dan pasaran turut menentukan sejauh mana mereka mampu membina kebebasan ekonomi.
00:39Kita kata kemerdekaan ekonomi itu juga apabila wanita ini mampu keluar daripada cengkeram-cengkapan,
00:47unpaid work, apa dia unpaid work, unpaid care work ini, penjagaan ataupun beban penjagaan itu,
00:54wanita boleh keluar, wanita boleh pilih. Mereka mempunyai pilihan untuk meneruskan bekerja
00:59dan bukan terpaksa keluar daripada sektor pejab untuk menjaga keluarga.
01:02Ataupun mereka boleh lagi menjalankan peranan mereka sebagai penjaga tapi still lagi menyumbang kepada sektor ekonomi.
01:09Barulah kita boleh sebut kemerdekaan ekonomi yang sebenar.
01:13Justeru tegasnya kemajuan ekonomi wanita bukan hanya soal berapa ramai yang bekerja atau mempunyai pendapatan,
01:19tetapi sejauh mana mereka mempunyai aset, autonomi dan pilihan untuk menentukan masa depan sendiri.
01:26Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Selasa.
Comments