Skip to playerSkip to main content
  • 6 weeks ago
Ruang fiskal kerajaan dijangka kekal menyokong aktiviti ekonomi pada 2027, dengan perbelanjaan keseluruhan diunjurkan meningkat kepada RM438.9 bilion.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perbelanjaan kerajaan pada 2027 dijangka meningkat kepada RM438.9 bilion
00:06mencerminkan pendirian fiskal yang masih menyokong pertumbuhan ekonomi.
00:12Firma penyelidikan TA Research berkata jumlah itu dianggarkan naik 3.7%
00:17daripada unjuran perbelanjaan kerajaan untuk 2026 iaitu sebanyak RM423.4 bilion.
00:24Daripada keseluruhan jumlah itu, RM353.1 bilion dijangka diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi
00:32manakala selebihnya RM85.8 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
00:39Anggaran perkenaan turut melebihi peruntukan asal perbelanjaan 2026 sebanyak RM419 bilion
00:45yang melibatkan RM338.2 bilion perbelanjaan operasi dan RM81 bilion perbelanjaan pembangunan.
00:53TA Research berkata kedudukan fiskal kerajaan masih membeli ruang untuk meneruskan sokongan
00:58kepada isi rumah dan sektor perniagaan.
01:01Bagaimanapun, langkah mengawal defisit dijangka menyebabkan peruntukan tambahan
01:05lebih menjurus kepada bantuan bersasar, pembangunan infrastruktur dan inisiatif
01:10yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi secara berterusan.
01:14Kerajaan sebelum ini turut menyatakan pendirian tidak memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan GST
01:19di samping membuka ruang kepada pendekatan pembaruan hybrid
01:23serta meningkatkan peruntukan pertahanan.
01:25Pada masa sama, faktor pengundi muda dijangka menjadi antara pertimbangan
01:29dalam penyediaan belanjawan 2027, terutama dengan kumpulan itu memberi perhatian
01:33kepada tekanan kos sara hidup, tahap pendapatan peluang pekerjaan dan kemampuan
01:38memiliki kediaman.
01:39Justru aspek seperti kebajikan pekerja, peningkatan kemahiran, pendidikan,
01:44pelindungan sosial serta peluang pekerjaan bernilai tinggi dijangka terus diberi penekanan.

Recommended