00:00Delegasi Diplomatik AS mengadakan lawatan ke Perkampungan Kristian-Palestin di Taibeh, Tebing Barat pada Ahad.
00:07Lawatan itu sesuai dalam beberapa siri serangan yang dikaitkan dengan peneroka Israel dalam beberapa hari kebelakangan ini.
00:15Delegasi itu diketuai penolong sertausaha negara AS bagi demokrasi, hak asasi manusia dan buruh Riley Barnes dan duta AS ke
00:24Holy See, Brian Birch.
00:25Mereka dijadual bertemu komuniti Kristian-Palestin bagi meninjau situasi keselamatan di kawasan berkenaan.
00:33Lawatan itu dibuat sehari selepas Diplomat Belgium, Perancis dan Poland bersama seorang datuk bandar Perancis dan penduduk Palestine dilaporkan diserang
00:42sekumpulan peneroka Israel bertopeng berhampiran kampung tersebut.
00:46Pada masa sama, Duta AS ke Israel, Mike Huckabee menghadiri persidangan peneroka di Tebing Barat.
00:53Walaupun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum ini menyorokan penentangan terhadap penjajahan Tebing Barat oleh Israel,
01:00pentadbirannya dilihat tidak memberi tekanan besar kepada kerajaan berhaluan kanan pimpinan Netanyahu berhubung dasar penempatan peneroka.
01:08Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB dan kebanyakan negara menganggap penempatan Israel di Tebing Barat sebagai menyalahi undang-undang antarabangsa.
01:16Namun, Israel menolak pendidian tersebut dan menganggap wilayah itu sebagai kawasan yang dipertikaikan.
01:23Menurut kumpulan hak asasi Israel, Yashdin, sekurang-kurangnya 170 serangan peneroka terhadap rakyat Palestine direkodkan sejak akhir bulan September lalu.