Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
McLaren menawarkan lima kereta Formula Satu bersejarah termasuk yang pernah dipandu Lewis Hamilton, Ayrton Senna, Lando Norris dan diuji Brad Pitt.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peminat dan pengumpul kereta Formula One kini berpeluang memiliki sebahagian daripada sejarah sukan permotoran F1. McLaren menawarkan lima jentera F1
00:09yang pernah dipandu beberapa nama besar dunia untuk dijual kepada pemilik persendirian.
00:17Antara yang ditawarkan termasuk dua jentera McLaren MP4 palang 6A musim 1991 yang pernah digunakan Gerhard Berger dan diuji legenda
00:28F1 Brazil Ayrton Senna semasa musim kejuaraannya.
00:31Turut ditawarkan ialah McLaren MP4 palang 27A musim 2012 yang pernah dipandu juara dunia 2009 Janssen Button dan diuji oleh
00:42juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton.
00:45Dua lagi kereta yang dijual merupakan jentera yang digunakan secara eksklusif oleh juara dunia semasa Lando Norris pada musim 2021
00:53dan 2023.
00:54Kereta MCL 37A 03 turut mendapat perhatian apabila digunakan pelakon Hollywood Brad Pitt dalam sesi ujian persendirian di Circuit of
01:05the Americas Austin pada Jun tahun lalu sempena penggambaran filem F1 The Movie.
01:10Brad Pitt dikatakan memandu jentera itu sehingga mencapai kelajuan sekitar 317 km sejam.
01:16Walaupun harga rasmi tidak didedahkan, setiap kereta dianggarkan bernilai antara 5 juta euro hingga 10 juta euro bergantung kepada sejarah
01:26dan spesifikasinya.
01:27dukti sedangnya
01:31Terima kasih kerana menonton!

Recommended