00:00PTT Synergy Group berhak mencatat peningkatan untung bersih sebanyak 28% kepada RM35.9 juta bagi suku keempat berakhir 30
00:09Jun 2026 meskipun berdepan tekanan kos operasi susulan kenaikan harga diesel dan ketegangan geopolitik di Asia Barat.
00:17Prestasi itu mencerminkan keberkesanan strategi kepelbagaian portfolio perniagaan syarikat yang berjaya mengimbangi tekanan terhadap operasi teras menerusi penjanaan nilai daripada
00:27aset strategik kumpulan.
00:28Menurut syarikat itu, kenaikan kos operasi sebelum ini telah memberi kesan ketara kepada marjin keuntungan kasar.
00:35Malah lonjakan harga diesel dan gangguan rantai bekalan menyebabkan keuntungan kasar berosot 89% kepada RM1.47 juta walaupun syarikat
00:45merekodkan hasil sebanyak RM44.7 juta.
00:48Bagaimanapun, keuntungan selepas cukai meningkat kepada RM35.9 juta berbanding RM27.95 juta setahun lalu disokong keuntungan pelarasan nilai saksama
00:59berjumlah RM59.19 juta selepas penilaian semula aset PTT Samikon Logistic Hub di Pulau Pinang.
01:07Faktor itu turut membantu peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 30% kepada RM34.02 juta.
01:15Honda Malaysia melancarkan new WRV SUV Compact yang menerima beberapa penambahbaikan dari segi reka bentuk luaran, ciri dalaman dan teknologi
01:24dengan harga bermula RM94,900.
01:28Model yang menjadi SUV peringkat permulaan dalam rangkaian Honda Malaysia itu ditawarkan dalam tiga varian iaitu E, V dan RS
01:36dengan pilihan warna baru two-tone blazing red pearl yang eksklusif untuk varian RS.
01:41Pengarah urusan dan Ketua Peguah Ezeketif Honda Malaysia Narushi Yazaki berkata pelancaran new WRV mencerminkan komitmen syarikat untuk terus menambahbaik
01:50penawaran produknya bagi memenuhi permintaan pengguna Malaysia yang semakin berkembang.
01:56Dibina untuk menawarkan nilai luar biasa, SUV serba boleh ini memenuhi keperluan pelbagai gaya hidup, membolehkan pelanggan menikmati keseronokan pemanduan
02:04dan kebebasan mobiliti.
02:06Dialog Grup Berhad memperoleh kontrak untuk menaik taraf dan memperluaskan kemudahan tangki penyimpanan minyak mentah di Pulau Bukum, Singapura, sekaligus
02:15mengukuhkan kedudukannya dalam segmen Terminal Tenaga Serantau.
02:18Dalam kenyataan bersama pada Selasa, Esther sebahagian daripada Chandra Asri Group dari Indonesia berkata, Dialog dan Pek Private Limited syarikat
02:26berpangkalan di Singapura yang khusus dalam kejuruteraan Logi dan Terminal dipilih melalui proses persaingan bagi melaksanakan kerja berkenaan.
02:35Bagaimanapun, nilai kontrak serta skop kerja terperinci tidak didedahkan.
02:40Projek itu akan meningkatkan kapasiti penyimpanan minyak mentah di Pulau Bukum sebanyak lebih 1.3 juta tong dengan dialog dipilih
02:47berdasarkan pengalaman luasnya dalam memiliki dan mengendalikan Terminal Pertengahan Midstream di rantau ini.