00:00Bertemu kembali, Zakat Selangor menyaksikan kutipan zakat perniagaan sebanyak RM234 juta tahun ini
00:06daripada sasaran keseluruhan kutipan dan agiahan zakat RM1.37 bilion bagi 2026.
00:14Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Khaitzik Syahri berkata,
00:18potensi kutipan masih besar seiring kepersatan aktiviti ekonomi dan perniagaan di Selangor.
00:26Menurutnya, kejayaan bukan sekadar diukur melalui angka,
00:30sebaliknya pada peningkatan kesedaran dan penyertaan syarikat serta usahawan dalam menunaikan kewajipan berzakat.
00:38Sekarang ini kita on track, bulan 8, dalam kita punya yang kita bajetkan untuk kita punya zakat perniagaan,
00:49InsyaAllah kita on track. Jadi kita memantau daripada bulan ke bulan dan juga kita ada strategi kita,
00:57kita bergerak juga melalui pengoperasian daerah dan bersandarkan data. Jadi kita approach lah mereka-mereka ini.
01:06Bagi memperluas penyertaan itu, Zakat Selangor melancarkan inisiatif pengiktirafan muzaki Zakat Selangor atau ikhtiraf
01:14khusus buat syarikat dan organisasi yang konsisten menunaikan zakat perniagaan.
01:20Inisiatif itu turut memberi nilai tambah kepada reputasi syarikat di samping membina keyakinan pengguna terhadap produk mereka.
01:28Untuk menggalakkan syarikat membayar zakat perniagaan, kita bagi dia satu pengiktirafan.
01:36maknanya apabila mereka membayar zakat 20 ribu ke atas, kita bagi dia ikhtiraf gangsa.
01:45Kemudian dia ada dia punya stage-stage dia lah sampai atas kali diamond lah ikhtiraf belian.
01:51Jadi itu antara syaratnya dan kita akan bagi dia mereka macam pengiktirafan itu untuk mereka menggunakan label itu selama 18
02:01bulan.
02:02Setakat ini kira-kira 44 syarikat telah disenaraikan di laman khas ikhtiraf
02:07manakala pengiktirafan akan diperbaharui apabila zakat perniagaan ditunaikan pada tahun berikutnya.
02:14Pelancaran rasmi inisiatif itu berlangsung sempena Majlis Haiti bersama Raja Muda Selangor
02:19Tengku Amir Syah Ibni Sultan Syarafuddin Idris Syah Al-Hajj.
02:24Majlis itu turut menyaksikan 44 syarikat menyerahkan zakat perniagaan
02:28berjumlah 11.48 juta ringgit kepada zakat Selangor.