00:00Sekurang-kurangnya 5 orang maut manakala 5 lagi cedera selepas sebuah pesawat kargo Amazon terbabas dari landasan di lapangan terbang
00:08antarabangsa Miami, Amerika Syarikat pada ahad.
00:11Pihak berkuasa Miami-Dade County mengesahkan, insiden itu melibatkan pesawat kargo jenis Boeing 767-300, penerbangan 7598, milik syarikat 21
00:21Air yang terbabas pada jam 2 petang waktu tempatan.
00:25Ketua Jabatan Bomber dan Penyelamat Miami-Dade, Ray Jadallah berkata, kesemua 10 individu yang berada dalam insiden itu telah dikenal
00:33pasti.
00:34Menurut beliau, 3 mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal dan telah dihantar ke pusat trauma untuk rawatan lanjut, manakala
00:402 lagi menerima rawatan di hospital tempatan.
00:43Pesawat berkenaan dilaporkan berlepas dari Puerto Rico sebelum mengalami insiden ketika mendarat di Miami.
00:49Menurut pihak berkuasa, pesawat itu teruk merempuh beberapa kenderaan di kawasan lapangan terbang sebelum terbakar.
00:56Susulan kejadian, lebih 60 anggota bomber dan penyelamat dikerahkan ke lokasi bagi mengawal kebakaran serta membantu operasi menyelamat.
01:03Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, FAA, memaklumkan, siasatan rasmi telah dimulukan bagi menelpasti punca kejadian.
01:11Sementerian itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, NTSB, mengesahkan pihaknya turut menjalankan siasatan dan sedang mengumpulkan maklumat berkaitan nahas tersebut.
01:20Terima kasih telah menonton!