00:00Tiga rakaan didakwa di Mahkamah Magistret Air Keruh Melaka pada Isnin
00:04atas pertuduhan mencuri susu tepung kanak-kanak
00:07serta 18 barangan lain di sebuah pasar raya minggu lalu.
00:12Tertuduh Hamzah Duraman, 37 tahun,
00:15Mohd Hairuan Firdaus Hussaini, 35 tahun
00:17dan Mohd Zulkarnain Zahari, 27 tahun,
00:21mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan
00:24di hadapan Magistret Sharda Shinha, Mohd Sulaiman.
00:27Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa mencuri
00:31barangan kepunyaan Aeon Air Keruh di pasar raya berkenaan
00:34kira-kira jam 5.50 petang 3 September lalu.
00:38Antara barangan yang didakwa dicuri termasuk
00:4010 paket Dutch Lady Gum, Cadbury 3-in-1,
00:44Scott Protect, Nescafi, Oreo, Milo Crunch,
00:48Hershey's Kisses, Be Kind Caramel, Nestle Fitness,
00:52Dill Milk, Kit Kat, Nestem, Wanda Coffee
00:55serta beberapa bekas makanan.
00:58Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380
01:01Kanun Kesiksaan dan dibaca bersama Seksyen 34
01:05Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara
01:08sehingga 10 tahun dan denda.
01:11Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya STVIA
01:14yang mencadangkan jaminan RM10,000
01:17dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
01:20Peguam Muhammad Izzuddin Abdul Malik yang mewakili
01:23kesemua tertuduh memohon jaminan rendah
01:26dengan alasan Muhammad Herwan perlu menanggung isteri dan tiga anak
01:30selain memperoleh pendapatan harian RM50 sebagai buruh.
01:34Katanya, Hamzah juga bekerja sebagai buruh
01:37manakala Muhammad Zulkarnain merupakan penjual burger
01:40dengan pendapatan RM80 sehari.
01:43Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak,
01:46mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,500
01:50dan menetapkan 13 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
01:55Dalam proseding berasingan, Muhammad Herwan dan Muhammad Zulkarnain
01:59turut didakwa mengikut Seksyen 15-1-A
02:03Akta Dadah Berbahaya ADB-1952
02:07kerana menggunakan dadah berbahaya jenis amfetamin dan metamfetamin.
02:12Selain itu, Muhammad Zulkarnain turut didakwa mengikut Seksyen 12-2-ADB-1952
02:20kerana memiliki dadah berbahaya jenis metamfetamin
02:24dengan berat bersih 1.48 gram pada 3 September lalu.
02:29Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.
02:33Muhammad Herwan dijatuhi hukuman denda RM1,800
02:37atau 6 bulan penjara jika gagal membayar denda
02:41serta pengawasan polis selama 2 tahun.
02:44Sementara itu, Muhammad Zulkarnain dijatuhi hukuman penjara 8 bulan
02:48bermula dari tarikh ditangkap pada 3 September lalu.