00:00Pasukan Penyelamat Indonesia meneruskan operasi pencarian 129 mangsa yang masih hilang dalam kejadian feri penumpang Virgo Transport 8 yang terbalik
00:09pada Isnin
00:10dengan operasi mencari dan menyelamat SAR memasuki hari kedua di Laut Jawa berhampiran Kalimantan Selatan.
00:18Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Basarnas Muhammad Syafi berkata
00:23seramai 114 daripada 243 orang daripada feri berkenaan telah ditemukan setakat 10.36 pagi waktu tempatan
00:32terdiri daripada 108 mangsa terselamat dan 6 yang terkorban.
00:37Beliau berkata seramai 655 anggota terdiri daripada Basarnas, Tentera Polis, Agensi Kerajaan, Sukarelawan dan unit SAR lain
00:46terlibat dalam operasi berkenaan disokong oleh kapal, helikopter serta pesawat.
00:52Katanya kawasan percarian yang sebelum ini dibahagikan kepada 8 sektor telah disusun semula kepada 6 sektor
00:59bagi memfokuskan usaha mengesan mangsa yang masih hilang.
01:03Virgo Transport 8 yang membawa 213 penumpang dan 30 anak kapal terputus hubungan pada kira-kira 2 pagi Ahad
01:11semasa dalam pelayaran dari Surabaya di Jawa Timur ke Banjarmasin di Kalimantan Selatan sebelum ditemukan terbalik.
01:22selamat menikmati.
01:24Terima kasih.
01:25Terima kasih kerana menonton!