00:00Penggunaan kecerdasan buatan AI yang semakin meluas di tempat kerja perlu disusuli penilaian semula terhadap cara pekerja diberi ganjaran terutama
00:09apabila teknologi itu mampu memendekkan masa menyiapkan tugas dan meningkatkan produktiviti.
00:14Presiden Persatuan Pengguna Cyber Malaysia MCCA Muhammad Sirajuddin Jalil berkata perubahan cara bekerja dengan bantuan kecerdasan buatan AI menimbulkan persoalan
00:25sama ada sistem upah berasaskan tempoh bekerja masih relevan apabila nilai dan hasil kerja pekerja semakin meningkat.
00:32Pihak Kementerian Sumber Manusia perlu meneliti semula dalam kerangka kehadapan ini apabila penerapan penggunaan AI seperti galakan dan gagasan oleh
00:49Kerajaan Malaysia Madani ini yang nak semua sektor pekerjaan itu menerapkan penggunaan AI dalam operasi mereka
00:58mungkin ada keperluan untuk meneliti semula nilai gaji mereka itu perlu ada satu standar baru yang disandarkan juga kepada teknologi
01:13AI itu sendiri.
01:14Kata beliau sekiranya penggunaan AI membolehkan tugasan yang sebelum ini mengambil masa 8 jam diselesaikan dalam tempoh lebih singkat, nilai
01:22produktiviti tambahan itu juga wajar dinilai dalam menentukan ganjaran kepada pekerja.
01:27Peralihan kepada ekonomi berasaskan AI bukan sekadar menggunakan teknologi untuk bekerja lebih pantas tetapi mastikan peningkatan produktiviti turut diterjemahkan kepada
01:36pendapatan dan ganjaran yang lebih baik.
01:39Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awadi pada Khamis.
01:42diperlihatkan oleh pendapatan kerajaan dan kalau kita lihat
01:44Terima kasih telah menonton!
Comments