00:00Lima pendaki yang tersesat ketika beraktiviti di Bukit Larut Taiping petang rabu berjaya diselamatkan lewat malam tadi.
00:07Mangsa terdiri daripada dua lelaki masing-masing berusia 26 tahun dan tiga wanita kesemuanya berumur 29 tahun.
00:16Penolong pengarah bahagian operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JPPM Perak, Sabaruzi Nur Ahmad berkata,
00:22pihaknya menerima maklumat kecemasan 999 mengenai kejadian itu pada jam 6.01 petang rabu.
00:30Menurutnya, sebaik menerima maklumat, anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat BBP Taiping dan Kamunting digerakkan ke lokasi.
00:37Setibanya jentera di tempat kejadian, ketua operasi dimaklumkan oleh pihak polis bahawa pemanggil telah berjaya dihubungi dan telah sesat bersama
00:45empat orang sahabat.
00:47Beliau berkata ketua operasi telah berjaya mendapatkan lokasi mangsa dan bergerak untuk melakukan operasi penyelamatan dengan bantuan Land Rover dari
00:55pihak pengurusan Bukit Larut.
00:57Menurutnya, pada jam 9.42 malam, ketua operasi memaklumkan operasi terkawal dan mangsa-mangsa telah dijumpai dalam keadaan selamat,
01:05tidak mengalami kecederaan serius dan kekejangan kaki akibat keletihan.
Comments