00:00Baik, kita mulakan perkembangan ini. Permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak kembali dalam agenda mesyuarat Lembaga Pengampunan
00:08Wilayah Persekutuan yang dijadualkan bersidang semula pada Jumaat, hanya seminggu selepas perkara itu ditangguhkan.
00:16Berdasarkan laporan The Strix Times, mesyuarat berkenaan dijadualkan hari ini dan hanya mempunyai satu perkara dalam agenda iaitu permohonan pengampunan
00:24Najib.
00:27Sumber rasmi menyifatkan mesyuarat berkenaan sebagai sesuatu yang amat luar biasa kerana penjadualan mesyuarat sedemikian lazimnya adalah prerogatif cabang eksekutif.
00:37Dakwanya ia adalah langkah yang sangat jarang berlaku dan secara tiba-tiba, Lembaga Pengampunan akan mengadakan satu lagi mesyuarat dengan
00:45hanya satu perkara dalam agenda.
00:47Pada 11 September lalu, media melaporkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat untuk mempertimbangkan antara lain permohonan Najib bagi mendapatkan pengampunan
00:58terhadap sabitan berkaitan kes seleweng dana SRC International Sendian Berhad.
01:03Bagaimanapun Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Yang Di-Pertuan Agung Sultan Ibrahim menangguhkan permohonan pengampunan Najib ke mesyuarat akan
01:13datang.
01:13Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang BHEUU, Jabatan Perdana Menteri JPM memaklumkan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-63
01:23bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
01:27Pada Julai 2020, Najib yang disabitkan atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International didenda RM210 juta dan dijatuhi hukuman
01:38penjara 12 tahun yang kemudian dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022.
01:43Namun pada 2 Februari 2024, Urus Setia Lembaga Pengampunan mengumumkan Najib diberikan pengurangan 50% bagi hukuman penjara daripada 12
01:54tahun ke-6 tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
02:00Terima kasih telah menonton
Comments