00:00Baik, selanjutnya polis menahan seorang lelaki warga China kerana disyaki cuba mencuri dompet milik seorang penumpang ketika dalam penerbangan dari
00:08Jakarta, Indonesia ke Pulau Pinang pada Khamis.
00:11Ketua Polis Daerah Barat Daya, SCP Anwar Albi Wahab berkata, lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di lapangan terbang antarabangsa
00:18Pulau Pinang LTEPP
00:20selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga Indonesia berusia 36 tahun berhubung kejadian tersebut.
00:28Semasa penerbangan, lelaki Indonesia itu melihat sospek mengambil beg miliknya dari ruang simpanan di bahagian atas pesawat sebelum membuka beg
00:36berkenaan dan mengambil dompetnya.
00:39Lelaki itu sempat merakam kejadian tersebut sebelum memaklumkannya kepada kru pesawat dan sospek kemudian ditahan bagi bantu siasatan.
00:47Manakala semua barangan milik mangsa berjaya diperoleh semula serta tiada kehilangan atau kerugian dilaporkan katanya dalam kenyataan malam ini.
00:55Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 379 serta Seksyen 511 Kanun Kesiksaan.
Comments