00:00Landasan di lapangan terbang antarabangsa kota Kinabalu KKIA dibuka semula pada jam 11.30 malam.
00:07Khamis malam selepas pemeriksaan keselamatan terakhir selesai dijalankan.
00:12Dalam satu kemas kini di laman Facebook rasminya, Malaysian Airports maklumkan operasi penerbangan di KKIA kini boleh disambung kembali sesulan
00:21pembukaan semula landasan.
00:25Malaysia Airports turut menasihatkan penumpang terlibat supaya menyemak status serta maklumat terkini penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing.
00:34Landasan tersebut telah ditutup sementara sejak 2.45 minit petang bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dijalankan sekaligus menjejaskan sekurang-kurangnya
00:4420 penerbangan yang melibatkan ketibaan dan pelepasan di KKIA.
00:47Tinjauan di lapangan terbang itu mendapati beberapa penerbangan mengalami kelewatan atau dibatalkan manakala sejumlah penerbangan yang sepatutnya tiba telah dilencongkan
00:57ke labuan dan sandakan.
01:00Gangguan tersebut menyebabkan sebahagian penumpang terpaksa menunggu selama beberapa jam untuk mendapatkan perkembangan terkini dengan ramai yang berulang kali menyemak
01:08paparan maklumat penerbangan serta pemberitahuan syarikat penerbangan bagi mengetahui waktu berlepas dan ketibaan yang telah dipindah.
01:18Terima kasih telah menonton!
Comments