- 14 minutes ago
Peguam Muhamad Aiman Mohd Nahzeri menjelaskan maksud pengampunan bersyarat, mekanisme tahanan rumah dan implikasinya dari sudut undang-undang.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sekarang ini bagi kita nak mendapatkan sebenarnya penjelasan dan pemahaman terkini tentang tahanan rumah Dato' Sri Najib Razak
00:07Kita pula akan bersama dengan Peguam Rakan Kongsi Omayah Nawal & Partners iaitu Muhammad Aiman Muhammad Nazri
00:13Baik Aiman yang kini berada di talian kita bersama dengan Aiman
00:18Kita khususnya lah rakyat pastinya ingin mengetahui sebenarnya daripada sudut undang-undang apakah sebenarnya maksud pengapunan bersyarat
00:26Dan setiap manakah kuasa yang dipertuan agung itu membolehkan baki hukuman penjara dijalani sebagai tahanan di rumah itu
00:34Baik terima kasih atas soalan itu
00:37Jadi kalau kita tengok statement yang dikeluarkan oleh bahagian halewal undang-undang
00:42Istilah yang digunakan adalah pengampunan bersyarat
00:45Pengampunan bersyarat ini adalah pelaksanaan kuasa belas ehsan yang memberikan keringanan tertentu kepada pesalah
00:52Tetapi keringanan itu digantungkan kepada pematuhan syarat yang disebut dalam statement itu
00:59Dan sudah pasti pengampunan bersyarat ini dia berbeza daripada pengampunan penuh yang diterima Datuk Sri Anwar Ibrahim
01:07Dan berbeza bagi saya dalam dua perkara yang asas iaitu
01:12Pengampunan penuh melepaskan pesalah daripada hukuman sepenuhnya
01:17Sebagaimana kita sedia maklum Datuk Sri Anwar Ibrahim setelah dilepaskan boleh bertanding semula
01:22Dan diangkat sebagai Perdana Menteri pada tahun 2022
01:26Dan menghapuskan kesan undang-undang sabitan
01:29Pengampunan bersyarat pula tidak sentuh berkenaan dengan sabitan secara langsung
01:35Jadi pengampunan penuh itu muktamat
01:38Pengampunan bersyarat bersifat divisible
01:41Ia boleh gugur jika syarat dilanggar dan syarat-syarat pun dinyatakan dengan jelas dalam statement itu
01:47Dan pesalah boleh kembali kepada kedudukan asal
01:51Dalam kes ini yang diperkenankan bukan pengurangan tempoh
01:55Tarikh 23 Ogos 2028 yang tertera itu ialah tarikh pembebasan yang sedia ada
02:01Sejak keputusan lembaga pengampunan mesyarat ke-61 pada 2024
02:06Yang berubah pada hari ini hanyalah tempat menjalani baki hukuman
02:12Secara teknikal ia lebih dapat ataupun tepat disifatkan sebagai keringanan kepada cara pelaksanaan hukuman
02:21Bukan kepada hukuman itu sendiri
02:23Berkenaan soalan sedara berkenaan sejauh mana kuasa agung menjangkau
02:29Perkara 42 perlembagaan menyenaraikan bentuk-bentuk perintah dengan jelas
02:35Iaitu ampun, tunda hukum dan lega hukum
02:39Penggantungan dan pengurangan
02:41Tahanan rumah ini sebenarnya tak tersenarai
02:44Jadi ada dua pandangan yang bertentanganlah dan kedua-duanya perlu dinyatakan
02:50Yang pertama, kalau yang menyokong keluasan kuasa
02:55Kuasa belas ihsan ini sebenarnya adalah prerogatif yang luas
03:00Dan perkara 42 tidak menyenaraikan syarat yang boleh dilekatkan
03:04Kalau agung boleh melepaskan seseorang sepenuhnya, kuasa yang lebih besar
03:09Baginda sudah pasti boleh melepaskan sebahagian tertakluk kepada syarat yang lebih kecil
03:15Jadi kalau kata ada pandangan yang menyekat pula
03:18Mungkin ada yang akan merujuk kepada keputusan mahkamah tinggi pada 22 Desember 2025
03:23Yang menyifatkan perintah tahanan rumah sebagai tanpa duluan
03:28Dan menyekat dan menyatakan yang mengubah sifat hukuman pemenjaraan secara asasi
03:35Tapi kedudukan sebenarnya ialah mahkamah tidak pernah memutuskan bahawa tahanan rumah berada di luar skop perkara 42
03:42Penolakan mahkamah pada 2025 hanyalah berasaskan kecacatan prosedur pada masa itu
03:49Titah itu tidak dibincang dalam mesyuarat
03:52Pada 2025 yang Arif Hakim kata tak dapat bagi sebab tidak dibincang dalam mesyuarat
03:58Jadi kali ini telah dibincang dalam mesyuarat sebagaimana dalam statement
04:01Jadi bagi saya kuasa itu besar
04:05Kuasa yang dipertuan agung itu besar meliputi tahanan di rumah
04:09Tetapi ini soalan yang belum pernah diputuskan secara autoritatif oleh mana-mana mahkamah Malaysia
04:18Baik, selain itu juga jika pengampunan bersyarat yang kita lihat ini menetapkan pembayaran denda sebanyak 50 juta ringgit
04:26Jadi adakah tahanan rumah hanya boleh bermula selepas denda itu dibayar secara sepenuhnya
04:32Ataupun pelaksananya boleh bermula terlebih dahulu sebelum pembayaran tersebut dijalankan
04:36Kalau kita baca teks rasmi yang dikeluarkan sebenarnya teks itu tidak menjawab dengan jelas
04:43Frasa yang digunakan ialah baki hukuman dijalani secara tahanan di rumah
04:48Sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk kepada sekiranya beliau membayar denda 50 juta
04:54Jadi sebenarnya ada dua tafsiran yang munasabah
04:57Tafsiran pertama ialah yang tertakluk ialah tarikh tamat
05:01Bacaan ini meletakkan syarat denda kepada Frasa sehingga 23 Ogos 2028
05:06Bukan kepada permulaan tahanan rumah
05:09Yang ini konsisten dengan struktur keputusan 2024
05:13Yang mana pembebasan pada 23 Ogos 2028
05:17Bergantung kepada pembayaran 50 juta
05:21Dan kegagalan bayar menolak tarikh itu ke 23 Ogos 2029
05:26Di bawah pemahaman kaedah ini
05:28Tahanan rumah boleh bermula serta merta
05:31Jika denda tidak dijelaskan menjelang tahun 2028
05:35Tempoh tahanan dilanjutkan setahun
05:38Dan ada juga kemungkinan tafsiran yang kedua
05:41Yang mana yang tertakluk ialah pengampunan itu sendiri
05:44Pembayaran 50 juta menjadi syarat duluan
05:48Maka tiada pemindahan dari penjara kajang
05:51Sampai denda dijelaskan sepenuhnya
05:54Bagi saya sendiri saya lebih kepada tafsiran A lah
05:57Tafsiran yang pertama tadi itu
05:59Tafsiran pertama lebih kukuh atas tiga sebab
06:01Yang pertama ia padan dengan keputusan 2024
06:05Yang sudah wujud
06:07Dan yang keputusan baru ini jelas dibina
06:10Di atas keputusan 2024 itu
06:12Kedua perasa sehingga 23 Ogos 2028
06:16Dan tertakluk sekiranya
06:18Bersebelahan secara sinteksi syarat itu
06:21Melekat pada tarikh bukan pada permulaan
06:23Ketiga kenyataan itu asingkan syarat-syarat pematuhan
06:28Kedalam ayat berikutnya yang tersendiri
06:30Dengan akibat perlanggaran dinyatakan secara berasingan
06:33Kalau denda dimaksudkan sebagai syarat duluan
06:36Lebih munasabah diletakkan bersama syarat itu
06:42Apapun antara keluar dalam beberapa hari ini
06:46Dan tidak keluar secara langsung
06:47Ini perkara yang bahagian halewal undang-undang
06:50Sepatutnya perjelaskan
06:52Dan ia akan terjawab dengan sendirinya
06:55Melalui tindakan pihak penjara dalam masa terdekat
06:59Denda dalam kes SRC dikenakan
07:03Dengan hukuman penjara ganti jika ingkar
07:05Kedudukan penjara ganti itu di bawah susunan baru ini
07:08Juga tidak dijelaskan dalam statement itu
07:11Baik selain itu juga
07:14Aiman kita melihat Malaysia sebenarnya tidak mempunyai sistem
07:17Tahanan rumah yang digunakan secara meluas
07:20Seperti hukuman penjara biasa
07:22Jadi undang-undang atau mekanisme apakah yang akan digunakan
07:25Untuk melaksanakan memantau dan juga
07:28Menguatkuasakan tahanan rumah ini
07:32Saya setuju berkenaan dengan kenyataan itu
07:34Tapi kita ada seksien tiga
07:36Akta penjara 1995
07:39Menteri dalam negeri melalui pemberitahuan dalam warta
07:43Boleh mengisytiharkan mana-mana rumah
07:47Bangunan, kepungan atau tempat sebagai penjara
07:51Bagi maksud akta itu
07:52Bagi pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah
07:56Jadi menteri undang-undang pun telah sahkan
07:59Dalam satu perbahasan di Dewan Rakyat
08:01Bahawa berdasarkan pandangan peguam negara
08:05Kuasa ini sememangnya wujud
08:07Tapi kita perlu fahami
08:09Apa yang sebenarnya dimaksudkan
08:12Pewartaan seksien tiga ini
08:14Tidak menghasilkan tahanan rumah
08:16Tetapi menghasilkan sebuah penjara
08:18Maksudnya seksien tiga itu
08:20Dia bukan sebut kata wujud tahanan rumah di Malaysia
08:23Tapi dia boleh menjadikan rumah itu
08:25Sebagai penjara
08:27Untuk diletakkan tahanan
08:34Aiman, kita lihat juga jika
08:37Kalau seseorang yang diberikan pengampunan
08:39Bersyarat itu melanggar syarat tahanan rumah
08:42Bagaimana pembatalan daripada
08:43Segi pengampunan itu dilaksanakan?
08:46Adakah ia akan berlaku secara otomatik
08:47Ataupun sebenarnya memerlukan satu rangka
08:49Proses undang-undang terlebih dahulu?
08:53Kalau kita tengok
08:54Apa nama teks rasmi itu
08:56Kita tengok kita boleh faham
08:58Ianya sebagai otomatik
09:00Sekiranya beliau tak patuh mana-mana syarat
09:03Maka pengampunan bersyarat itu terbatal
09:06Dan hendaklah secara serta merta
09:09Meneruskan baki hukuman di penjara
09:10Tapi rangkaian kata terbatal secara otomatik itu
09:14Tak selesai masalah yang sebenar
09:16Walaupun akibatnya otomatik
09:18Seseorang tetap perlu memutuskan
09:21Sebagai fakta bahawa syarat telah dilanggar
09:23Kenyataan itu tidak menyatakan
09:26Siapa pihak berkuasa itu
09:28Atas standar bukti apa
09:30Atau sama ada pesalah itu berhak didengar
09:33Jadi ada dua pendekatan lah dalam undang-undang
09:36Yang pertama
09:36Pembatalan pengampunan bersyarat
09:39Bukan hukuman baru
09:41Sebaliknya pelaksanaan semula hukuman asal yang sah
09:44Dan masih berkuat kuasa
09:45Jadi atas pandangan ini
09:47Tiada perbicaraan yang diperlukan
09:48Perintah mahkamah asal sudah wujud
09:51Dan hanya perlu dikuatkuasakan semula
09:53Kalau kita nak ada pendekatan yang kedua yang lebih modern
09:56Penentuan yang mengakibatkan seseorang kehilangan kebebasan
10:00Menarik keperluan keadilan asasi
10:02Jadi sekurang-kurangnya hak diberitahu
10:05Tuduhan pelanggaran dan peluang menjawab
10:07Ini selaraslah dengan perkembangan undang-undang
10:10Pertakbiran Malaysia
10:10Yang mana keperluan keadilan prosedur
10:13Kini dilihat sebagai sebahagian daripada perkara 58
10:16Kalau tanya pandangan saya sendiri
10:18Penentuan pelanggaran itu
10:20Apabila dibuat oleh pegawai
10:22Adalah keputusan pertakbiran dan boleh disemak
10:25Kehakiman
10:26Berbeza daripada keputusan lembaga pengampunan itu sendiri
10:30Baik sekali Aiman
10:31Kita melihat apakah sebenarnya implikasi keputusan seperti ini
10:34Terhadap kes-kes sabitan
10:35Atau prosedur lain yang melibatkan individu sama
10:38Adakah pengampunan bagi satu hukuman
10:41Sebenarnya dilihat mempunyai apa-apa kesan
10:43Terhadap sabitan, hukuman atau juga rayuan
10:46Dalam kes berasingan
10:48Ya, sebagaimana kita sedia maklum
10:50Dato' Suri Najib juga sedang menjalani beberapa kes lain
10:53Jadi jawapan ringkas saya ialah
10:54Sebenarnya tak ada kesan langsung
10:56Pengempunan ini beroperasi impersonam
11:00Terhadap sabitan dan hukuman tertentu sahaja
11:04Ini bukan penistiharan tidak bersalah
11:06Bukan pembatalan sabitan
11:09Dan tidak mengikat mahkamah dalam prosedur lainnya
11:12Contohnya
11:14Kes 1MDB
11:16Hukuman penjara 15 tahun
11:18Pada 2025 tidak disentuh
11:21Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula pada 2028
11:26Selepas tamat hukuman 6 tahun SRC
11:28Jadi rayuan yang difalkan pada 29 Desember 2025
11:32Berjalan atas Merit sendiri
11:33Dan pengampunan dalam kes SRC bagi saya
11:36Tiada nilai sebagai hujah dalam rayuan itulah
11:38Ya
11:40Satu kesan langsung lah yang kita perlu perhatikan
11:42Jika tempoh tahanan
11:44Rumah dikira sebagai menjalani hukuman SRC
11:47Yang sepatutnya macam itu
11:48Maka hukuman SRC tetap tamat pada 23 Ogos 2028
11:52Dan hukuman 1MDB mula berjalan ketika itu
11:58Kes SRC 2 dan IPIC
12:01Kedua-duanya mendapat pelepasan tanpa pembebasan
12:04DNA pada 2025
12:05DNA bukan pembebasan
12:08Maka peguam negara boleh lagi membawa pertuduhan itu semula
12:11Pengampunan dalam kes SRC pertama juga tidak menghalang
12:15Dan ada juga kes proceeding sivil
12:18Sebagaimana kita maklum dan pandangan saya
12:20Proceeding sivil tidak terjejas langsung
12:23Pengampunan ini bidang kuasa dalam bidang jenayah
12:26Dan masih tidak memadamkan liability sivil
12:30Atau perintah pembayaran balik
12:32Berkenaan kalau kita nak bincang berkenaan dengan
12:36Kelayakan politik Datuk Seri Najib
12:38Mungkin penyokong-penyokong beliau
12:40Tertanya-tanya adakah dengan tahanan di rumah ini
12:43Beliau boleh masuk semula ke dalam arena politik dengan serta-merta
12:49Bagi saya ini bukan pengampunan penuh
12:51Seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim
12:52Jadi hilang kelayakan Datuk Seri Najib masih kekal
12:57Pengecualian dalam peruntukan itu
12:58Hanya terpakai kepada pengampunan yang menghapuskan kesan sabitan
13:03Sekatan 5 tahun di bawah perkara 48 kurungan 3
13:07Berjalan dari tarikh pembebasan daripada jagaan
13:11Bukan daripada hari ini tapi dari 23 Ogos 2028
13:17Aiman, kita juga nak mengetahui sebenarnya beberapa soalan lagi
13:22Ialah melihat kepada keputusan ini
13:24Dalam kes Datuk Seri Najib ini secara otomatik
13:27Memujudkan hak kepada banduan lain sebenarnya
13:29Untuk memohon tahanan rumah atau setiap permohonan
13:32Masih bergantung kepada pertimbangan dan syarat itu sendiri
13:35Itu persoalan yang mungkin ditanya
13:38Ataupun berlegal-legal di fikiran masyarakat ini
13:42Kalau kes Datuk Seri Najib ini menjadi orang kata duluan
13:47Ataupun presiden
13:48Jadi maka tidak mustahil lagi kepada banduan-banduan lain
13:51Walaupun kita faham
13:53Akta penjara belum lagi dipindah
13:57Untuk mewujudkan tahanan di rumah dan sebagainya
13:59Tetapi kita kena faham dan sedar
14:02Seksyen 3 yang saya sebut sebentar tadi
14:04Sememangnya sudah ada
14:06Sememangnya berkuat kuasa
14:09Dan menteri KDN
14:11Menteri Dalam Negeri
14:13Boleh mengisytiharkan apa-apa bangunan sebagai penjara
14:17Ya
14:17Jika perkara ini berlaku untuk kes Datuk Seri Najib
14:20Jadi sudah pastinya
14:21Undang-undang pun memang yang sedia ada
14:24Kes Datuk Seri Najib sudah jadi duluan ataupun presiden
14:27Tidak mustahil lagi bagi orang lain
14:32Baik Aiman
14:33Satu lagi persoalan yang mengenai dengan keputusan ini
14:37Yang mungkin menamatkan satu fasa pertikaian
14:40Mengenai tempat Datuk Seri Najib menjalani hukuman ini
14:43Tetapi pada masa sama ia sebenarnya membuka persoalan baru
14:46Mengenai prinsip keadilan, kuasa pengampunan dan layanan
14:50Terhadap bekas Perdana Menteri
14:52Kita lihat mungkin
14:53Apakah sebenarnya implikasi jangka panjang keputusan ini terhadap sistem
14:57Keadilan dan orang kata politik di Malaysia ini
15:03Sebenarnya
15:04Apa yang diumumkan pada hari ini adalah
15:07Perkara sedia ada yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
15:12Ini bukan kali pertama yang dipertuan agung menggunakan kuasanya
15:18Untuk memberi pengampunan
15:20Atau untuk memberi lega hukum
15:22Jadi apa yang berlaku hari ini bukanlah satu benda yang sangat-sangat luar kebiasaan
15:28Kecuali pengistiharan rumah beliau sebagai satu penjara mengikut Seksyen 3 tadi
15:38Bagi saya kalau kita boleh menghormati pengampunan penuh
15:43Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diberikan oleh yang dipertuan agung
15:47Mengapa tidak pula dalam kes ini
15:49Kita tidak boleh bersikap double standard
15:53Janganlah ketika sesuatu pemimpin itu mendapat pengampunan
15:59Kita bersetuju
16:00Tetapi apabila pemimpin itu bukannya kegemaran kita
16:04Kita tidak pula bersetuju
16:06Jadi kuasa yang dipertuan agung
16:09Perkara 42
16:10Bagi saya perlu dihormati pada setiap masa
16:16Tanpa kita mengira siapakah yang diampunkan
16:21Ataupun dilegakan hukuman oleh yang dipertuan agung
16:26Jadi bagi saya undang-undang itu masih sama sahaja
16:31Kuasa agung untuk melegakan
16:35Mengampunkan juga masih lagi sama di bawah perkara 42
16:38Cumanya yang berbeza hari ini adalah pesalah
16:41Dulu Datuk Seri Anwar Ibrahim diampunkan
16:44Hari ini Datuk Seri Najib dibenarkan
16:47Dan ditahan di rumah
16:48Jadi bagi saya tiada perubahan undang-undang
16:52Tiada pelanggaran undang-undang
16:54Semuanya mengikut rule of law
16:57Yang memangnya terpakai di Malaysia
17:02Baik Aiman secara keseluruhannya
17:04Kita nak mengetahui sebenarnya
17:06Apakah perkara yang paling penting
17:08Yang rakyat pada hari ini perlu faham
17:10Mengenai keputusan pemberian pengampunan bersyarat
17:12Dan juga tahanan rumah kepada Datuk Seri Najib ini
17:14Supaya ialah tidak berlaku kekeliruan
17:16Antara pengampunan, pengurangan hukuman
17:19Dan juga perubahan cara hukuman itu dijalankan
17:24Baik, kalau nak disimpulkan dalam satu ayat yang muda
17:31Apa yang saya nak sampaikan kepada rakyat Malaysia adalah
17:35Perkara 42-1 memperuntukkan kuasa prerogatif
17:41Kepada yang dipertuan agung, raja atau yang dipertuan negeri
17:46Untuk memberi ampun, menunda hukum dan meringankan hukuman
17:51Bagi kesalahan yang dibicarakan
17:53Jadi perkara penghakiman ataupun keputusan yang diberikan oleh
18:02Yang dipertuan agung pada hari ini
18:04Adalah mengikut kaedah-kaedah perundangan yang telah ditetapkan
18:09Dan perlulah dihormati sebagai rakyat Malaysia
18:13Kerana ini adalah satu kaedah pengampunan yang dibenarkan dalam undang-undang
18:19Melalui perlembagaan persekutuan
18:21Jadi kalau itu boleh saya simpulkan
18:24Itulah yang saya akan sebut
18:26Maksudnya undang-undang itu memang sedia ada
18:30Perkara 42 itu memang sedia ada
18:32Dan hari ini yang dipertuan agung
18:35Menggunakan kuasa prerogatif baginda
18:37Untuk memberikan kebenaran kepada Dato' Sri Najib
18:42Untuk pulang ke rumah dan menjalani tahanan di rumah
18:44Jadi pandangan saya kita perlu menghormati kuasa prerogatif yang dipertuan agung
18:51Atas alasan-alasan yang baginda telah kemukakan
18:55Dan beliau juga tetap dikenalkan syarat-syarat tertentu
19:01Seperti pembayaran denda
19:02Beliau juga telah melalui proses penjara bertahun-tahun lamanya
19:07Jadi kita terima keputusan pada hari ini
19:11Sebagai menghormati kuasa prerogatif yang dipertuan agung
19:14Dan bukannya satu penolakan terhadap proses keadilan dan sebagainya
19:19Kerana proses keadilan itu telah berjalan
19:22Mengikut undang-undang Malaysia yang sedia ada
19:25Dan tiada peruntukan undang-undang baru yang dicipta dan sebagainya
19:29Untuk mengeluarkan Dato' Sri Najib pada hari ini
19:31Semuanya berdasarkan undang-undang yang sedia ada
Comments