Skip to playerSkip to main content
  • 19 minutes ago
Hasil bedah siasat mendapati dua mangsa kebakaran di Taman Desa Tambun meninggal dunia akibat kecederaan berkaitan kebakaran manakala seorang lagi akibat terhidu asap. Kebakaran yang berlaku awal pagi semalam meragut nyawa dua warga emas dan cucu mereka.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hasil bedah siasat terhadap tiga mangsa yang maut dalam kebakaran rumah di Taman Desa Tambun, Ipoh.
00:05Mendapati dua daripada mereka meninggal dunia akibat kecederaan berkaitan kebakaran, manakala seorang lagi akibat terhidu asap.
00:13Ketua Polis Daerah Ipoh, SCP Muhammad Najib Hamzah berkata, punca sebenar kebakaran bagaimanapun masih dalam siasatan.
00:21Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan,
00:27serta menghormati sensitiviti keluarga mangsa.
00:30Dalam kejadian itu, dua warga emas iaitu Raja Ahmad Raja Ali, 70 tahun dan Zaitun Muhammad, 64,
00:37serta cucu lelaki mereka, Abdul Rahman Azimin Haris, hilal 18 tahun, ditemukan maut.
00:43Dinaazah ketiga-tiga mangsa telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di tanah perkeburan Islam Tambun kira-kira 8.25
00:51malam semalam.
00:52Sebelum itu, proses bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Pemaisuri Bainun bagi menentukan punca kematian mangsa.
01:02Siasatan berhubung kejadian itu masih diteruskan.
Comments

Recommended