Skip to playerSkip to main content
Seorang bekas juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim atas pertuduhan membunuh isterinya dalam kejadian minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Tertuduh, G Vikneswaran, 43, didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797249/berita/semasa/isteri-maut-ditikam-suami-13-kali-bekas-juruteknik-berdepan-hukuman-gantung-sampai-mati

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesjenayah #mahkamah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang bekas juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Magistrat Kulim atas pertuduhan membunuh istrinya dalam kejadian minggu lalu.
00:09Tertuduh G. Vigneshwaran, 43 tahun, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa dihadapan Magistrat Nur Hamizah Matsyah.
00:20Tiada pengakuan direkodkan kerana kes tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah tinggi.
00:25Mengikut pertuduhan bapa kepada seorang anak lelaki itu, didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas S. Sila, 39
00:34tahun, di sebuah rumah di daerah Kulim antara jam lebih kurang 6.30 petang hingga 9.04 malam 14 September
00:43lalu.
00:44Disebabkan perbuatan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
00:52Mahkamah menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan hasil bedah siasat dan laporan kimia.
01:00Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita meninggal dunia akibat ditikam sebanyak 13 kali oleh suaminya sendiri di rumah mereka baru
01:09-baru ini.
01:10Terima kasih telah menonton!

Recommended