00:00Seorang penumpang dipercayai PITAM sebelum terjatuh ke landasan di stesen LRT Wangsa Maju pagi tadi.
00:06Menurut Repik KL dalam satu kenyataan, kejadian berlaku kira-kira jam 6.52 pagi dan menyebabkan perkhidmatan laluan Kelana Jaya
00:14mengalami sedikit kelewatan.
00:16Sejurus insiden berlaku, sistem platform Intuition Emergency Stop PIES diaktifkan dan bekalan kuasa ke landasan diputuskan sementara bagi tujuan keselamatan.
00:27Penumpang terbabit kemudiannya berjaya dibawa keluar oleh petugas stesen dan diberikan rawatan awal di bilik kecemasan.
00:34Repik KL menasihatkan penumpang yang berasa kurang sehat agar mendapatkan bantuan daripada polis bantuan atau petugas stesen.
00:41Pengguna perkhidmatan tren juga diingatkan agar sentiasa berada di belakang garisan kuning ketika menunggu tren demi keselamatan.
Comments