00:00Seorang lelaki orang asli maut dipercayai diserang Zeko Harimau Belang ketika mengutip hasil hutan di kawasan hutan Simpang Korbu, kampung
00:08Takung Pos Perwa pada Isnin.
00:11Mangsa Zamberi Angah dilaporkan berada di kawasan hutan berkenaan bersama seorang rakan untuk mencari rotan ketika kejadian berlaku.
00:22Pusat Kawalan Perhilitan menerima laporan berhubung insiden itu pada jam 4.30 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat SAR dilancarkan
00:31kira-kira 2 jam kemudian.
00:33Operasi berkenaan melibatkan anggota perhilitan, balai polis lintang, rela, pekerja pembalakan serta kira-kira 30 penduduk kampung.
00:41Mayat mangsa ditemukan pada jam 6.58 petang di kawasan Rumpun Buloh berhampiran laluan pembalakan kira-kira 200 meter dari
00:50lokasi awal serangan.
00:52Pemeriksaan di lokasi turut menemukan kesan tapak kaki harimau belang serta beberapa petunjuk fizikal lain yang dipercayai berkaitan dengan serangan
01:00itu.
01:00Seusulan kejadian tersebut pihak berkuasa menasihatkan penduduk serta orang awam supaya menghentikan sementara semua aktiviti untuk memasuki kawasan hutan berkenaan
01:10demi keselamatan.
01:12Dalam pada itu perhilitan sedang melaksanakan tindakan kawalan termasuk pemasangan perangkap di kawasan berhampiran.
01:18Terima kasih kerana menonton!
Comments