Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Sabah Development Bank Berhad (SDB) mengakui dan memahami kebimbangan pembeli PacifiCity serta kekal menyokong usaha mencari penyelesaian yang berdaya maju bagi projek yang telah lama terbengkalai itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sabah Development Bank berhad SDB dalam reaksinya mengakui dan memahami kebimbangan pembeli Pacific City serta kekal menyokong usaha mencari penyelesaian
00:09yang berdaya maju bagi projek yang telah lama terbengkala itu.
00:13Menuruti satu kenyataan hari ini, SDB berkata pihaknya merupakan pembiaya projek berkenaan dan sehingga kini, kira-kira RM300 juta masih
00:21tertunggak.
00:24Walaupun tanah projek dicagarkan kepada SDB sebagai jaminan, bank itu bukan pemilik berdaftar tanah berkenaan kerana ia dimiliki oleh maksak.
00:34SDB turut menjelaskan bahawa pada 31 Julai 2025, Mahkamah Tinggi menolak tuntutan yang dikemukakan terhadap SDB dan memutuskan bahawa bank
00:45itu hanyalah pembiaya projek berkenaan.
00:48Mahkamah mendapati tanggungjawab terhadap kerugian yang ditanggung pembeli terletak pada pihak pemaju yang kemudiannya telah digulungkan.
00:57Susulan penggulungan pemaju, projek berkenaan berada di bawah pentadbiran pelikuidasi yang dilantik mahkamah dan kini diuruskan oleh pelikuidasi swasta.
01:06Sejak dilantik, pelikuidasi swasta berkenaan telah mengadakan perbincangan dengan pembeli dan agensi kerajaan berkaitan.
01:13Selain menjalankan beberapa proses tender, bagi mengenalpasti pelabur berpotensi atau white knight untuk menghidupkan semula projek berkenaan.
01:22Bagaimanapun, sehingga kini tiada pelabur mengemukakan cadangan muktamad untuk menghidupkan semula projek itu.
01:29SDB kekal komited untuk bekerjasama dengan pelikuidasi swasta, pihak berkuasa berkaitan, pembeli dan pihak berkepentingan lain bagi meneroka penyelesaian praktikal.
Comments

Recommended