00:00Keterjaminan makanan dijangka kekal antara fokus utama kerajaan dalam Belanjawan 2027 dengan usaha memperkukuh pengeluaran domestik dan rantaian bekalan makanan.
00:09Menurut MBSP Investment Bank, langkah itu penting bagi memastikan sektor makanan lebih berdaya tahan berdepan dengan tekanan kos input, cuaca
00:19tidak menentu dan gangguan bekalan global.
00:24Keterjaminan makanan bukan sekadar soal memastikan bekalan mencukupi tetapi ia turut berkait rapat dengan kemampuan rakyat mendapatkan makanan pada harga
00:32berpatutan.
00:34MBSP Investment Bank menjangkakan Belanjawan 2027 terus memberi tumpuan kepada peningkatan pengeluaran makanan domestik, sokongan kepada petani, penternak dan nelayan
00:44selain memperkukuh rantaian bekalan.
00:46Antara langkah yang dijangka diberi perhatian ialah subsidi dan bantuan kewangan kepada pengeluar agro makanan di samping penggunaan mekanisasi, automasi
00:55dan teknologi pertanian bagi meningkatkan produktiviti serta pendapatan.
01:00MBSP Investment Bank turut menggesa pengukuhan rantaian bekalan menerusi penambahbaikan kemudahan pergurangan, rantaian sejuk dan infrastruktur penyimpanan.
01:09Langkah itu penting bagi mengurangkan kehilangan selepas tuayan, memanjangkan jangka hayat makanan serta memastikan pengagihan lebih stabil.
01:18Dari perspektif industri, syarikat makanan pula disaran memperkukuh daya tahan operasi bagi menghadapi gangguan bekalan berpanjangan.
01:26Antara ciri yang dilihat mampu memberi pelindungan lebih baik ialah kapasiti pengeluaran domestik, operasi bersepadu, rangkaian perolehan yang pelbagai serta
01:34kedudukan kewangan yang kukuh.