Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Polis meneliti rakaman kamera papan pemuka yang memberi petunjuk baharu mengenai fasa lampu isyarat dan pergerakan kenderaan dalam kemalangan van KKM di Ipoh yang mengakibatkan tiga penumpang cedera.
Transcript
00:00Polis memperoleh petunjuk baharu berhubung kemalangan membabitkan sebuah van Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat
00:08Jalan Sultan Iskandar Jalan Sultan Yusuf di Ipoh, Perak pada Rabu.
00:12Ketua Polis Zairah Ipoh, Asisten Komisional Muhammad Najib Hamzah berkata, petunjuk berkenaan diperoleh selepas pihaknya mendapatkan dan meneliti rakaman kamera
00:21papan pemuka daripada sebuah kenderaan yang berada di lokasi kejadian.
00:27Menurut beliau, rakaman tersebut memberikan maklumat baharu berkaitan fasa lampu isyarat dan pergerakan kenderaan ketika kemalangan berlaku.
00:34Maklumat ini jelasnya sedang diteriti bagi melengkapkan siasatan dan menentukan punca sebenar kemalangan.
00:40Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk meneliti rakaman berkenaan serta mendapatkan keterangan daripada pihak-pihak berkaitan.
00:45Dalam kejadian kira-kira jam 7.25 pagi Rabu, sebuah van KKM yang membawa 11 individu termasuk jururawat pelatih terlibat
00:53dalam kemalangan
00:54dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
00:58Kemalangan itu menyebabkan van berkenaan terbalik manakala tiga penumpang mengalami kecederaan dan menerima rawatan.
01:04Mohd Ajib berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Recommended