00:00Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyeru langkah segera diambil bagi meredakan konflik dengan Rusia sebelum ketibaan musim sejuk yang dijangka mencabar.
00:08Menurut beliau, rakyat Ukraine bersedia merahapi musim sejuk yang sukar tetapi juga bersedia mempertahankan negara daripada sebarang serangan lanjut daripada
00:15Rusia.
00:18Menurutnya, penyelesaian konflik memerlukan gabungan diplomasi dan kekuatan pertahanan yang berkesan.
00:23Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agong Pertubahan Bangsa-Bangsa Bersatu Unggar di New York.
00:30Zelensky berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada selasa dan turut berhasrat mengadakan pertemuan dengan
00:38Presiden China Xi Jinping bagi membincangkan usaha menamatkan konflik.
00:42Dalam ucapannya, beliau mendedahkan bahawa Rusia telah melancarkan kira-kira 63,000 drone serangan pelbagai jenis ke atas Ukraine sepanjang
00:518 bulan pertama tahun ini.
00:53Daripada jumlah itu, lebih 7,700 unit merupakan drone kamikaze berkuasa jet jenis syahid yang digunakan secara meluas dalam serangan
01:02ke atas sasara Ukraine.
01:04Menurut Zelensky, ancaman drone terus menjadi cabaran utama kepada pertahanan udara negaranya.
01:09Bagaimanapun, beliau berkata, Ukraine berjaya menguji empat model baharu drone pemintas berkuasa jet yang dirika khusus bagi menangkis serangan drone
01:18syahid.
01:19Katanya, pengeluaran sistem berkenaan kini sedang dipertingkatkan bagi memperkukuh keupayaan pertahanan negara menghadapi serangan udara yang berterusan.
01:28Terima kasih telah menonton!