Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dibuka hari ini untuk semua kategori.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi PRN Melaka ke-16 dibuka pada Rabu untuk semua kategori.
00:07Setiausaha Suranjaya Pilihan Raya SPR, Datuk Kairul Syahril Idrus berkata,
00:11semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui portal MySPR, manakala tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan kelak.
00:20Pemilih yang layak dan berhasrat mengundi syara pos hendaklah mendaftar atau mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan untuk mengundi syara
00:28pos.
00:29Beliau berkata permohonan itu melibatkan kategori 1A yang merangkumi anggota polis, tentera, petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR serta
00:38petugas media.
00:39Permohonan turut dibuka bagi kategori 1B untuk warga negara Malaysia yang tinggal di luar negara dan kategori 1C melibatkan agensi
00:47atau organisasi.
00:48Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh menghubungi Thailand 03-8892-7080 atau menerusi email upup at spr.gov.my.
01:00Pada selasa, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abirav Yusof mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Dun Melaka berkuatkuasa hari ini
01:08bagi memberi laluan kepada PRM Melaka ke-16 selepas mendapat perkenan yang di-Pertua Negeri Tun Muhammad Ali Rustam.
01:16Speaker Dun Melaka Datuk Ibrahim Durum turut menyerahkan notis pembubaran itu kepada SPR semalam.
01:22Pada PRM Melaka ke-15 yang diadakan pada 20 November 2021, Barisan Nasional BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dun
01:31sekaligus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti lebih 2 per 3
01:35malakala Pakatan Harapan memperoleh 5 kerusi dan Perikatan Nasional 2 kerusi.
01:41Penggal Dun Melaka sepatutnya berakhir pada 27 Disember ini.

Recommended