00:00Okey, baik. Nampaknya mood bagi Belanjawan 2027 ini semakin panas sebenarnya. Banyak fokus dan juga tumpuan, reaksi dan juga respon
00:10di pelbagai peringkat termasuklah pihak-pihak berkepentingan.
00:15Dan antaranya yang saya nak bawakan adalah dari Kementerian Digital di mana mereka berharap Belanjawan 2027 dapat memberi peringkatan kepada
00:22usaha menjadikan teknologi kecerdasan buatan ataupun AI lebih mampu milik dan mudah diakses oleh golongan perniagaan.
00:30Di mana langkah itu dilihat penting bagi memastikan lebih banyak syarikat tempatan dapat memanfaatkan teknologi digital dalam operasi harian mereka.
00:41Menteri Digital, Gobin Sindio berkata, kemampuan akses dan penerima gunaan teknologi merupakan antara faktor utama yang perlu diberi perhatian bagi
00:50mempercepat penggunaan AI dalam sektor industri.
00:53Menurut beliau, teknologi tersebut berpotensi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan daya saing perniagaan.
01:00Beliau berpandangan kerajaan boleh memainkan peranan yang lebih besar dengan memperkenalkan langkah sokongan yang membolehkan perniagaan memperoleh akses lebih luar.
01:08Kepada penyelesaian AI pada kos yang lebih berpatutan.
01:12Ini kerana cabaran kos masih menjadi antara faktor yang membataskan penggunaan teknologi berkenaan, khususnya dalam kalangan perusahaan bersaiz kecil dan
01:20sederhana.
01:22Gobin berkata, keutamaan juga perlu diberikan kepada perusahaan mikro kecil dan sederhana atau PMKS, memandangkan sektor itu menjadi tulang belakang
01:30ekonomi negara.
01:30Katanya penggunaan AI mampu membantu PMKS memperkemas operasi, meningkatkan produktiviti serta mempercepat proses transformasi digital dalam perniagaan.
01:41Menurut beliau, kerajaan sedang meneliti pendekatan yang sesuai untuk menggalakkan lebih banyak syarikat menerima pakai teknologi baharu.
01:47Antara fokus utama adalah memastikan perniagaan memahami potensi AI serta mempunyai akses kepada ekosistem yang membolehkan teknologi itu dimanfaatkan secara
01:57lebih meluas.
01:58Beliau turut memaklumkan beberapa cadangan telah dikemukakan kepada kerajaan sebagai sebahagian daripada persediaan belanjawan 2027.
02:05Bagaimanapun, beliau tidak mengulas secara terperinci mengenai cadangan tersebut dan menyerahkan keputusan akhir kepada Kementerian Kewangan.
02:13Usaha memperluaskan penggunaan AI dilihat selari dengan aspirasi negara untuk memperkukuh ekonomi digital dan meningkatkan daya sayang Malaysia di peringkat
02:22serantau.
02:22Pada masa sama, penerima gunaan teknologi baharu dijangka membantu syarikat tempatan menyesuaikan diri dengan perubahan langskap perniagaan global yang semakin
02:31bergantung kepada otomasi dan analitik data.
02:35Terima kasih telah menonton!