00:00Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah JPVK mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap haiwan yang disyaki, dijangkiti rebis.
00:08Susalah penularan penyakit itu di Kubang Pasu.
00:11Ketua Bahagian Kesehatan JPVK, Dr. Umi Sumilah Soraya Mohd Johar berkata,
00:16orang ramai khususnya di kawasan terjejas tidak seharusnya menangkap, memukul atau membunuh haiwan, terutama anjing liar,
00:24sebaliknya segera melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
00:31Beliau berkata, langkah itu penting kerana rebis boleh berjangkit melalui air liung, darah atau gigitan haiwan yang dijangkiti,
00:38malah kecederaan kecil juga berisiko menyebabkan jangkitan.
00:41Jelasnya, susulan kes rebis yang dikesan di Kubang Pasu, JPVK membuka dua bilik gerakan iaitu di Alustar dan Kubang Pasu,
00:48serta boleh dihubungi melalui Facebook JPVK.
00:52Dr. Umi Sumilah Soraya berkata, JPVK turut bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengawal populasi anjing liar
00:58di kawasan terjejas dalam radius 10km.
01:01Beliau berkata, operasi pengendalian haiwan dilakukan dengan menggunakan peralatan pelindungan keselamatan lengkap
01:06bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada petugas.
01:09Menurut Dr. Umi Sumilah Soraya, antara tanda anjing yang dijangkiti rebis ialah air liu berlebihan,
01:14rahang terkulai serta perubahan tingkat laku apabila sistem syaraf haiwan itu mula terjejas.
01:19Beliau berkata anjing yang sebelum ini jinak boleh berubah menjadi agresif,
01:23menggigit tanpa diprovokasi atau mengeluarkan bunyi salakan yang luar biasa.
01:27Namun, terdapat juga haiwan dijangkiti yang tidak menunjukkan tingkat laku agresif,
01:31sebaliknya kelihatan murung serta tidak peka terhadap persekitaran.
01:35Sebenarnya itu, beliau menasihatkan pemilik anjing supaya memastikan haiwan peliharaan mereka
01:39telah menerima vaksin rebis khususnya di kawasan terjejas seperti Kubang Pasu.
01:43Terima kasih telah menonton!