Skip to playerSkip to main content
Kalau dalam peti sejuk tu ada lebihan sayur 2-3 jenis tapi sikit-sikit, boleh masak tumis macam ni.Guna apa jenis sayur pun sesuai. Rasa sedap bahkan tak membazir. Jom masak!


SAYUR CAMPUR TUMIS BELACAN BILIS

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk kecil brokoli – potong sederhana
1 mangkuk kailan – potong kecil
1 paket cendawan shiitake – hiris
1 batang lobak merah – hiris serong nipis
3 sudu besar ikan bilis – bilas dan tos
3 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
4 biji cili padi – diketuk
1/2 sudu kecil belacan
1/2 sudu kecil gula
1/4 sudu kecil garam - tambah jika perlu
5 sudu besar air
1 1/2 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #sayurcampurtumisbelacanbilis #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua! Suka makan sayur tumis belacan tak? Sedap kan? Biasa kita gunakan kong je.
00:06Kali ni Kak Ike nak kongsi resepi yang guna sayur campur. Apa-apa yang ada je dalam peti sejuk tu
00:10pun jadi jom kita masak.
00:12Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ikan bilis. Goreng sekejap sampai naik bau dan sedikit garing.
00:18Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan ciri padi yang kita dah ketuk. Tumis sampai bawang sedikit layu dan wangi.
00:23Kemudian masukkan belacan. Kacau sekejap sampai belacan hancur. Masukkan cendawan shiitake dan tumis lagi lebih kurang seminit.
00:30Kalau tak ada cendawan shiitake, nak guna cendawan tiram pun boleh. Lepas tu masukkan lebak merah dan brokoli.
00:35Sayur ni terpulang. Boleh je perlbagaikan ikut apa yang ada dalam peti sejuk anda.
00:39Seterusnya tuangkan 4 hingga 5 sudu air. Kemudian kacau sikit sayur tu.
00:43Kalau anda guna sayur yang cepat lembut, tak perlu buat step ni.
00:46Kemudian tutup kuali sekejap supaya sayur kita tu cepat masak.
00:49Papi pun jangan besar sangat. Nanti hangus pula. Sayur ni kalau korang suka yang lebih berkuas, boleh tambah air.
00:55Bila brokoli dah mula lembut, masukkan kailan.
00:58Yang ni Kak Iki ambil bahagian daun je. Batang ni Kak Iki buang.
01:01Kailan ni pun tak perlu masak lama sebab dia bercepat lembut. Kacau-kacau sikit je.
01:05Perasakan dengan garam dan gula. Garam tu letak hati-hati sebab ikan bilis dan belacan dah ada rasa masing.
01:10Gaul semuanya sampai sebati.
01:12Tu dia semerbap bau belacan.
01:14Dah siap sayur campur tumis belacan bilis kita.
01:17Lauk simple je tapi rasanya luar biasa.
01:20Makan dengan nasi putih panas dan turun dadah pun dah cukup.
01:22Selamat mencuba.
01:24Nak tengok tim rasa masak secara live?
01:26Jom intaksi kami di TikTok macam rasa setiap selesai dan khamis.
01:28Ingat maka-ingat rasa. Jangan lupa tonton.

Recommended