Skip to playerSkip to main content
Bila sebut makanan Itali, jangan ingat piza dan spageti je! Kali ni kita cuba Gnocchi Sos Cendawan, hidangan yang cukup mengenyangkan dan sesuai sangat untuk peminat menu creamy.

Kalau dah bosan dengan pasta yang sama, simpan resipi ni dan cuba sesuatu yang berbeza! Siapa pernah makan Gnocchi sebelum ni? Kena cuba tau. Jom masak!

GNOCCHI SOS CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:
500gm Gnocchi - direbus macam arahan di paket
2 sudu besar mentega
450gm cendawan butang putih – hiris nipis
½ sudu teh garam
3 ulas bawang putih – hiris nipis
1½ cawan stok ayam
¾ cawan krim putar
3 tangkai daun thyme segar
1 sudu besar tepung jagung – bancuh dengan 1 sudu besar air sejuk
¼ cawan keju Parmesan

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #gnocchisoscendawan #Resipiitali #Makananantarabangsa
Transcript
00:00Kalau sebut makanan Itali, bukan pizza sahaja yang popular.
00:03Ada satu lagi jenis pasta yang korang kena cuba iaitu Yonkki Sos Cendawan.
00:07Yonkki ni sejenis pasta yang diperbuat daripada kentang.
00:10Bila kena dengan sos cendawan berkrim, memang sedap.
00:12Jom kita masak.
00:13Mula-mula, cairkan mentega dalam kuali guna api sederhana je.
00:17Masukkan cendawan.
00:18Guna cendawan butang fresh.
00:19Kalau tak ada, boleh je guna cendawan butang dalam tintu.
00:22Tumis sampai keberangan.
00:24Kemudian, masukkan garam.
00:25Teruskan masak sampai air daripada cendawan tu keluar.
00:28Masukkan bawang putih.
00:30Tumis lagi 2-3 minit sampai wangi.
00:32Tuangkan setok ayam, krim putar dan daun thyme.
00:35Daun thyme ni kalau tak ada yang segar, boleh je guna yang kering.
00:39Tak ada yang kering, tak apa yang letak pun tak apa.
00:41Okey sahaja, kita kaya nak makan tu.
00:43Kacau-kacau dan biarkan sos bereneh selama 5 minit.
00:47Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sampai sos kita tu jadi pekat dan creamy.
00:52Seterusnya, keluarkan tangkai thyme.
00:54Kemudian, masukkan keju parnesan.
00:56Keju ni letak sikit-sikit dulu pun tak apa sebab dia masin.
00:59Kacau sampai keju cair dan sos nampak berkrim.
01:02Okey sekali, masukkan yoki yang dah direbus.
01:04Nyoki ni kat ikan beri yang segera.
01:05Rebus je ikut arahan pada paket.
01:07Gaul perlahan sampai nyoki bersalut dengan sos cendawan.
01:10Kalau nak lagi kik, merasakan dengan gelada hitam.
01:12Lagi banyak lagi padu.
01:14Bila makan adalah rasa pedas-pedas sikit.
01:16Sedap.
01:17Kacau-kacau sekejap, dah boleh angkat.
01:20Korang tengoklah.
01:21Dah siap nyoki sos cendawan kita.
01:24Buenasimo.
01:25Tak perlu terbang ke Itali.
01:26Dekat rumah pun boleh layan menu Itali yang sedap ni.
01:29Bersis air tangan chef.
01:30Selamat mencuba.
01:31Nak tengok tim Rasa Masak Secara Live?
01:33Jom intai asli kami di TikTok majlis rasa setiap selasa dan khamis.
01:36Ingat makan, ingat rasa.
01:37Jangan lupa tonton.
01:38Jangan lupa tonton!
Comments

Recommended