Skip to playerSkip to main content
Siapa sangka sardin tin pun boleh jadi laksa yang sedap! Kalau tiba-tiba teringin makan laksa tapi tak nak bersusah payah rebus ikan, resipi Laksa Sardin Tin ni memang korang kena cuba. Sangat sedap! Gerenti puas hati. Selamat mencuba!

LAKSA SARDIN TIN


BAHAN-BAHAN:
Laksa
5 keping asam gelugur
3 kuntum bunga kantan
1 genggam daun kesum
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa
Daun salad
Bawang besar
Telur rebus
Cili padi
Limau kasturi

BAHAN KISAR:
2 biji bawang merah besar
3 sudu besar pes cili kering
2 inci belacan
2 tin besar sardin - ambil ikan sahaja

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #laksasardintin #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Kalau teringin makan laksa tapi nak cari yang lebih cepat dan mudah, cuba resipi laksa sadin tin ni.
00:05Tak perlu siang dah rebus ikan, guna sadin tin je.
00:08Serius kak ikan cakap sedap gila.
00:10Korang memang kena cuba.
00:11Jom kita masak.
00:12Mula-mula kita sediakan bahan kisar.
00:14Masukkan bawang merah, paste ciri kering, belacan dan isi ikan sadin ke dalam blender.
00:19Haa, kuada kita tak pakai tau, kita pakai isi je.
00:22Tambah air sikit, agak-agak cukup untuk gerakkan mata blender.
00:26Kemudian kisar sampai halus.
00:28Kalau bahan kisaran ni susah nak lombak, boleh tambah sedikit air lagi.
00:31Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk.
00:34Tambahkan air dengan secukupnya.
00:36Guna periuk besar tau, kalau kecil nanti kuah melimpah.
00:39Kacau-kacau sikit bagi kuah sebalik.
00:41Kemudian masukkan asam glukum, bunga kantan dan daun kesum.
00:44Haa, bunga kantan tu nak letak banyak pun boleh.
00:47Lagi sedap.
00:48Kacau rata dan masak kuah sampai mendidih.
00:51Ui, masa ni bau dia betul-betul mengancam.
00:53Bila kuah dah bluk-bluk-bluk macam tu, perasakan dengan karam dan serbuk perasa dengan secukupnya.
00:59Kacau-kacau dan biarkan kuah mendidih sekali lagi supaya semua rasa betul-betul mesra.
01:03Lagi lama kita reneh, lagi padu rasa kuahnya.
01:06Jom kita hidang.
01:07Masukkan laksa ke dalam mangkuk.
01:09Ayah ni Kak Iki guna laksa yang dah siap rebus kat besar raya tu.
01:12Tambah hilsandau salad, bawang besar.
01:14Tak ada bawang besar nak guna bawang holland pun boleh.
01:16Jangan lupa letak juga telur rebus dan cili padi potong.
01:20Kalau ada timun pun boleh letak tuang kuah dengan secukupnya.
01:24Nak lagi cik, jangan lupa tambah limau kasturi.
01:26Ui, kecoh dia dibuatnya.
01:29Dah siap laksa sadentin kita.
01:31Walaupun guna sadentin, kuahnya tetap pekat, pedas, masam dan cukup aroma.
01:35sesuai untuk anda yang teringin nak makan laksa tapi tak nak renyah.
01:39Resepi ni memang Kak Iki approve.
01:41Selamat mencuba.

Recommended