Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Anak-anak minta nak bawa bekal? Mama jangan pening, ni ada resipi mudah yang cepat anda masak waktu pagi. Selamat mencuba!


KUETIAU GORENG AYAM

BAHAN-BAHAN:
300gm kuetiau
4 batang sosej ayam – potong kecil
1 biji telur
2 ulas bawang putih – cincang
½ batang lobak merah – hiris halus
½ cawan sawi – potong
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
Sedikit lada sulah
1 sudu makan minyak

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan sosej dan goreng hingga masak.
2.Ketepikan sosej, pecahkan telur dan kacau hingga hancur.
3.Masukkan lobak merah dan sawi.
4.Masukkan kuetiau, sos tiram, kicap cair dan sedikit lada sulah.
5.Gaul perlahan hingga semuanya sebati. Goreng sekejap sahaja supaya kuetiau tak terlalu lembik.

Recommended