00:00Rasa susah nak potong daging nipis dan sekata? Cuba trik mudah ini.
00:04Sebelum potong, masukkan daging ke dalam freezer selama lebih kurang 15 hingga ke 20 minit.
00:08Tak perlu sampai beku keras, cukup sekadar daging jadi sedikit pejal.
00:12Bukan apa, bila daging dah separuh beku, lebih mudah untuk kita hiris nipis dan kemas.
00:17Kemudian gunakan pisau yang betul-betul tajam supaya potongan lebih kemas dan serat daging tidak rosak.
00:22Satu lagi perkara penting, perhatikan arah urat atau serat daging.
00:25Hiris secara melintang bertentangan dengan arah urat.
00:28Cara ini boleh bantu buatkan daging lebih lembut dan tak liat bila dimasak.
00:32Kalau nak goreng daging, jangan hiris terlalu nipis pula kerana daging mudah jadi kering dan keras.
00:37Simple je kan trik ni, tapi hasil potongan daging nipis memang nampak lebih cantik dan sekata.
00:42Selamat mencuba. Ingat makan, ingat rasa.