Skip to playerSkip to main content
Jemu makan Ikan Goreng Kunyit macam biasa? Cuba resipi Ikan Kembung Goreng Berempah ni. Sedap... Garing diluar, isi ikan penuh rasa. Makan dengan nasi panas pun dah cukup buka selera. Jom cuba!

IKAN KEMBUNG GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kembung
1 1/2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk cukup rasa
1 sudu besar tepung beras
4 tangkai daun kari
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #dapurrasa #resipi #resepi #ikankembunggorengberempah
Transcript
00:00Kalau anda suka makan laut ikan goreng yang rangup di luar, lembut di dalam dan penuh aroma rompah, ikan kembung
00:06goreng berempah ni memang wajib cuba.
00:08Laut simple je tapi penuh rasa. Makan dengan nasi sedap, ratah pun best. Pendek kata memang buka selera lah. Haa
00:15dah terliur kan? Jom kita masak.
00:17Mula-mula sekali bersihkan ikan kembung dan kelam. Tujuan kita kelam tu supaya bahan perapan kita nanti lebih mudah meresap
00:24ke dalam isi ikan.
00:25Barulah sedap dimakan. Kelam macam ni je tak perlu rapat sangat.
00:30Kemudian masukkan serbuk kari ikan, serbuk kunyit, serbuk cili, garam dan sedikit serbuk perasa.
00:35Nak mudah masak? Sukatan bahan-bahan kering ni korang boleh adun siap-siap.
00:39Bila nak masak tinggal cedok je. Jika ada lebih boleh simpan dalam balang kedap udara.
00:44Tambahkan juga tepung beras. Yang ni rahsia untuk buat ikan goreng jadi lebih rangup.
00:48Kau semua bahan sampai bersalut rata dengan ikan.
00:51Haa bedak-bedakkan ikan tu bagi lawa. Lepas tu tambahkan daun kari dan perap ikan selama 15 minit.
00:58Panaskan minyak dalam kuali menggunakan api sederhana.
01:00Bila minyak dah cukup panas, masukkan ikan satu persatu.
01:03Ingat jangan guna api besar. Nanti rempah cepat hangit, ikan kurang rangup dan rasa pun pahit.
01:09Goreng sampai bahagian bawah garing keperangan.
01:11Kemudian terbalikkan perlahan-lahan.
01:13Dengoklah ikan tu. Nampak sangat sedap dan menyelerakan.
01:17Ni kalau korang guna ikan yang lebih kecil pun sedap sebab garing sampai ke tulang.
01:22Bila ikan dah masak sepenuhnya, angkat dan toskan minyak.
01:24Daun kari dalam perapan tadi jangan buang goreng dalam minyak macam ni sampai garing goreng sekejap je.
01:30Kemudian angkat dan tabur atas ikan.
01:32Dah siap ikan kembung goreng berempah kita.
01:35Kulitnya rangup, isi ikan lembut dan rempahnya memang wangi.
01:39Hidang dengan nasi putih panas, ulam dan air asam memang kau.
01:43Makan macam tu pun sedap tau.
01:45Dia jamin licin sampai ke tulang.
01:47Selamat mencuba.
01:47Terima kasih kerana menonton!

Recommended