Skip to playerSkip to main content
Pisang dah masak ranum? Jangan asyik buat cekodok je, cuba Apam Pisang Coklat! Menu ni sesuai untuk sarapan atau minum petang bersama keluarga. Makan panas-panas dengan secawan kopi atau teh, memang layan. Selamat mencuba!

APAM PISANG COKLAT

BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan isi pisang lenyek ( pisang montel / cavendish)
3/4 cawan gula perang
3 biji telur
Secubit garam
1 sudu teh perisa vanila
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak masak

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #apampisangcoklat
Transcript
00:00Kalau ada pisang masak dekat rumah, jangan terus buat cokodok.
00:03Kali ni kita cuba buat apang pisang coklat pula.
00:05Teksturnya lembut, gebu dan penuh rasa coklat.
00:08Paling best, tak perlu oven pun.
00:10Kukus je.
00:12Haa, mudah kan?
00:13Jom kita masak.
00:13Mula-mula, satukan pisang yang telah dilenyeh.
00:16Ni kak-kak guna pisang Cavendish yang masak anum.
00:18Masukkan juga telur, gula perang,
00:20base vanila dan secubit garam.
00:22Base vanila tu kalau tak ada, boleh ganti dengan esen vanila.
00:26Pukul sampai semua bahan betul-betul sepati.
00:28Boleh guna pemuka tangan atau nak guna mesin pun boleh.
00:32Lepas tu, masukkan tepung naik sendiri.
00:34Adun sampai sebati.
00:36Kemudian masukkan serbuk koko.
00:38Tepung dan serbuk koko ni keikik ayat dulu sebelum letak dalam adunan.
00:41Kacau-kacau lagi sampai semua bahan tu tak bergetul.
00:44Kemudian masukkan soda bikabonat.
00:46Kacau lagi sampai sebuah bahan bersampur rata.
00:49Seterusnya, tuang minyak masak dan kacau lagi sampai adunan nampak ecing dan sebati.
00:54Kalau ada bajet lebih, minyak masak tu boleh digantikan dengan minyak jagung.
00:57Tuang adunan apam ke dalam acuan yang dari oleh sedikit minyak sehingga 3 perempat penuh sahaja.
01:02Tutup bukus dan pukul selama lebih kurang 15 minit sampai apam masak sempurna.
01:07Tengoklah hasilnya gemu betul.
01:10Keluarkan apam dari acuan dan bolehlah hidup.
01:12Nak lagi padu, boleh tuang sos coklat atau coklat ganache.
01:16Tabur coklat urai.
01:17Memang mantap.
01:18Anak-anak confirm suka.
01:19Dah siap apam pisang coklat kita.
01:21Apamnya gebu, lembab dan cukup rasa coklat dengan aroma pisang yang wangi.
01:26Makan panas-panas waktu minum petang memang sedap.
01:29Makan satu tak cukup ni.
01:31Selamat mencuba.

Recommended