Skip to playerSkip to main content
Pucuk paku kalau selalu masak lemak, kali ni kita tukar selera buat Kerabu Pucuk Paku pula! Tekstur pucuk paku sedikit rangup bila gaul bersama bahan-bahan kerabu memang cukup menyelerakan. Makan pula dengan nasi panas memang ngam! Simpan resipi ni. Boleh cuba buat untuk makan tengah hari nanti!

KERABU PUCUK PAKU

BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk paku | dicelur
5 ekor ikan sardin | direbus dan ambil isi
2 cawan santan pekat
4 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam | ditumbuk
3 biji cili padi merah| hiris nipis
1/2 biji kelapa parut | digoreng tanpa minyak hingga keperangan dan ditumbuk sedikit
3 biji jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #kerabupucukpaku #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni Kak Iket nak kongsi satu resepi kerabu kampung yang sedap dan membuka selera iaitu kerabu pucuk
00:06paku.
00:06Masak menu ni sedap sangat. Sekali rasa terus terpaku depan pinggan. Mak betul lah alu pun tak sedar. Jom kita
00:13masak.
00:13Satukan bawah merah bersama lada hitam dan isi ikan sadin rebus ke dalam blender.
00:18Selain kan sadin, boleh juga guna ikan kembung. Lada hitam tu pula Kak Iket dah tumbuh halus siap-siap.
00:22Kisah sampai lumat.
00:23Seterusnya, tuang santan pekat ke dalam periuk. Nak lebih sedap, guna santan fresh ya.
00:28Masukkan bahan kisah tadi. Kacau pelarahan bagi semua bahan sebab hati dah tak berketut.
00:33Masak pun guna api kecil je. Kemudian, perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
00:38Kalau nampak santan tu terlalu pekat, boleh tambah sedikit air. Masak sampai kuah mula mendidih. Kemudian, tutup api.
00:45Dalam bekas lain, satukan pucuk paku yang kita dah celur bersama kelapa parut sangai dan hirisan cili padi merah.
00:51Kalau suka pedas, cili tu boleh letak lebih. Kacau-kacau sikit supaya pucuk paku tu bergaul rata dengan kelapa parut.
00:57Kemudian, tuangkan kuah santan tadi. Gaul-gaul lagi bagi semua bahan kerabu kita tu sepati dan tak berkumpal.
01:03Barulah sedap bila kita makan nanti.
01:05Bila kerabu tu dah bercampur elok macam ni, perahkan jus limau nipis.
01:09Kalau suka kerabu masam, boleh lebihkan limau. Gaul lagi sekali sampai betul-betul mesra.
01:13Sambil-sambil tu boleh rasa dan tambah perasa kalau ada yang tak cukup.
01:16Kerabu ni kena ada rasa lemak, masin dan masam.
01:19Dah siap kerabu pucuk paku kita.
01:21Lauk macam ni tak perlu banyak gaya.
01:22Hidang dengan nasi putih, ikan goreng dan sambal belacan memang boleh tambah nasi.
01:27Rata macam tu pun dah sedap tau.
01:29Selamat mencuba.
01:30Nak tengok tim Rasa Masak secara live?
01:32Jom intai asik kami di TikTok Macam Rasa Setiap Siasa dan Khamis.
01:35Ingat makan, ingat rasa. Jangan lupa tonton.

Recommended