Resipi Nasi Goreng paling ringkas dan dijamin sedap! Bolehlah masak esok untuk bekal anak ke sekolah. Untuk orang dewasa, nak lagi ‘kick, boleh tambah emping cili atau letak hirisan cili padi. Padu baq hang! Selamat mencuba!
NASI GORENG SOSEJ
Bahan-Bahan:
2 mangkuk nasi sejuk
5 ulas bawang putih (cincang)
1 biji bawang merah (cincang)
2 biji telur
3 batang sosej (hiris)
1/2 kiub pati ayam
1/4 batang lobak merah (didadu)
1/2 sudu teh garam
Sedikit perasa
Secubit dua gula
Cara Memasak
1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
2. Masukkan telur, biar seketika sebelum dikacau.
3. Masukkan sosej dan tambahkan kiub pati ayam. Tumis sehingga bahan sedikit garing. Masukkan lobak merah. Kacau rata.
4. Masukkan nasi, kacau rata dan masak gunakan api besar. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Kacau rata sehingga perasa sebati dan nasi goreng kering.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
#majalahrasa #rasashare #nasigorengsosej #resepi #minitekspressbekal