Skip to playerSkip to main content
Susu Pekat Manis Homemade

Nak buat susu pekat manis sendiri dekat rumah? mudah je nak buat, cuma guna 4 bahan je! Teksturnya yang pekat, rasa manis dan lemak juga menjadikan versi homemade ini sesuai dinikmati bersama kopi, teh atau digunakan dalam pelbagai resipi kegemaran. Ikut cara ini.

Selamat Mencuba.

#RASA #rasashare #susupekathomemade #susupekat #tipdapur #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:01Tidak buat susu pekat manis sendiri dekat rumah? Mudah je, cuma guna 4 bahan.
00:06Teksturnya yang pekat, rasa manis dan lemak juga menjadikan versi homemade ni sesuai dinimati bersama kopi, teh atau digunakan dalam
00:14pelbagai resepi kegemaran.
00:16Ikut cara ini.
00:17Mula-mula, masukkan 2 per 3 cawan air panas dan setengah cawan gula halus ke dalam periuk.
00:22Masak dengan api sederhana sehingga gula larut dan sedikit pekat.
00:25Kemudian tutup api.
00:27Biarkan air gula menjadi suam dan masukkan ke dalam blender.
00:30Lepas tu, masukkan 1 setengah cawan susu tepung dan sedikit garam.
00:34Kisah semua bahan selama lebih kurang 2 hingga 3 minit sampai teksturnya betul-betul halus, creamy dan tak berketul.
00:41Kalau rasa adunan masih terlalu cair, boleh tambah sedikit susu tepung dan kisah lagi sampai dapat ke pekatan yang kita
00:47nak.
00:48Hasilnya, kita akan dapat susu pekat manis yang sedap, pekat dan berlemak.
00:52Tuangkan susu pekat manis homemade ni ke dalam balang atau bekas bertutup.
00:55Kemudian simpan dalam peti sejuk.
00:57Boleh guna untuk bancu air, buat dessert, sapu atas roti atau guna dalam resepi kegemaran.
01:02Mudah kan?
01:03Lepas ni, kalau susu pekat manis habis kat rumah, bolehlah cuba buat sendiri je.
01:07Selamat mencuba.
01:08Ingat makan, ingat rasa.

Recommended