Skip to playerSkip to main content
Mudah je nak buat sebab semua Bahan guna yang ada dalam peti ais je. Buat untuk minum petang memang ngam.

POPIA MINI SAYUR

Bahan-bahan:

20 keping kulit popia
2 cawan kobis | dihiris halus
1 batang lobak merah | disagat
1 cawan suhun | direndam hingga lembut & dipotong pendek
2 batang daun bawang | dihiris
3 sudu besar udang kering geragau | dicuci & ditoskan
5 batang crabstick | dicarik atau dihiris halus
2 biji telur
3 ulas bawang putih | dicincang
1 sudu besar sos tiram
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil garam

Bahan Pelekat:

2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #popiaminisayur #minitekspress #resipi #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Kalau ada banyak sayur dalam peti, korang boleh buat kopia mini sayur ni.
00:03Memang sedap buat kudak-kudak untuk minum ketang. Jom kita masak.
00:07Mula-mula panaskan minyak, tumis bawang putih bersama udang kering geragau sampai naik bawah wangi.
00:14Kemudian masukkan telur dan kacau sampai jadi macam skramble itu.
00:18Masukkan lobak merah, kubis dan krab stick.
00:24Kacau sampai sayur layu.
00:26Masukkan suhu yang kita dah rendam dan dipotong pendek.
00:28Lepas tu boleh perasakan dengan sos tiram, sebut lada putih dan garam.
00:32Jangan tabur banyak sangat garam sebab udang kering tu dah masin.
00:36Last sekali masukkan daun bawang.
00:37Kacau sekejap dan boleh tutup api. Biarkan inti sejuk.
00:41Sekarang masa untuk membalut.
00:42Ambil sekeping kulit kopia, letakkan inti, lipat dan gulung kemas.
00:49Lekatkan hujung kulit dengan banjuan tepung supaya tak terbuka masa nak goreng nanti.
00:54Bila dah siap semua, boleh goreng dalam minyak yang panas menggunakan api sederhana.
00:59Gorenglah sampai warna bertukar keemasan dan rangup.
01:02Dah siap.
01:04Rangup-rangup macam ni memang sedap.
01:06Makan panas-panas cecah dengan sos cili lagi ngam.
01:09Selamat mencuba.
01:10Ingat makan.
01:11Ingat rasa.
01:11Terima kasih kerana menonton!