Skip to playerSkip to main content
Sangat tidak bertanggungjawab! Lebih 40,000 ekor ayam diproses setiap hari, namun status sembelihannya diragui. Kes ini bukan sekadar soal kebersihan, tetapi turut membabitkan halal, kaedah sembelihan dan keyakinan pengguna. Sebagai langkah berjaga-jaga, kenal pasti & periksa warna, bau dan tekstur ayam sebelum beli.

#RASA #rasashare #ayambangkai #statushalal #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Bayangkan lebih 40,000 ekor ayam diproses setiap hari, tapi status sembelihannya diragui.
00:06Sebuah premis pemprosesan ayam di Puchong disebut pihak berkuasa selepas dipercayai menjalankan proses penyembelihan yang tidak mematuhi syarat ditetapkan.
00:14Lebih mengejutkan, ayam dikatakan melalui proses waterbuff stunning menggunakan arus elektrik yang terlalu tinggi hingga dipercayai menyebabkan sebahagiannya mati namun
00:24tetap disembelih untuk dipasarkan.
00:26Premis ini juga dipercayai sudah beroperasi lebih 10 tahun dengan bekalan ayam diedarkan ke kedai makan, restoran dan kedai runcit
00:33sekitar Lembah Kelang termasuk Puchong, Damansara, Bangi, Ceras, Putrajaya, Saiberjaya dan Putra Perdana.
00:40Dalam serbuan sama, pihak berkuasa turut menahan pekerja waga asing yang dipercayai terdiri daripada pendatang asing tanpa izin atau parti
00:47serta tidak memiliki taulah sebagai penyembelih.
00:50Jadi, sebagai pengguna, macam mana nak kena pasti ayam yang sudah rosak atau meragukan?
00:54Perhatikan keadaan isi dan kulit ayam.
00:56Ayam yang segar biasanya berisi pejal dan anjal.
00:59Kulitnya cerah, tidak berledih dan tidak berbau busuk.
01:02Jika ayam kelihatan kebiruan, lebam, kusam atau kehijauan, terutama jika perubahan warna itu disetai bau kuat, lendih atau tekstur yang
01:10terlalu lembit, jangan ambil risiko untuk memasaknya.
01:14Periksa keseluruhan keadaan ayam termasuk warna, bau dan teksturnya.
01:17Kes ini bukan sekadar isu kebersihan, tetapi turut membabitkan soal halal, kaedah semblihan dan keyakinan pengguna terhadap sumber makanan yang
01:25dibeli setiap hari.
01:26Jadi, sebagai pengguna, kena lebih berhati-hati ketika membeli ayam.
01:30Periksa warna, bau dan teksturnya terlebih dahulu.
01:33Kalau nampak mencurigakan atau tak seperti ayam segar seperti biasa, lebih baik jangan ambil risiko.
01:38Semoga bermanfaat.

Recommended