Siapa sangka kan, nasi kerabu pun sekarang dah ada identiti jenama yang dilindungi undang-undang!

Namun, jangan risau Cap Kolektif ini tidak menghalang peniaga lain daripada menjual nasi kerabu.Peniaga masih bebas menyediakan nasi kerabu mengikut resipi dan cita rasa pelanggan masing-masing, selagi tidak menggunakan logo Cap Kolektif Nasi Kerabu Kelantan, Persatuan Pengusaha Restoran Melayu Kelantan (PERMEKA).

#RASA #rasashare #capkolektif #Nasikerabukelantan #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Haa siapa sangka nasi kerabu pun sekarang dah ada identiti jenama yang dilindungi undang-undang
00:05Tahu tak lepas ni kalau nak guna identiti rasmi nasi kerabu Kelantan bukan boleh main letak bahan sus ke hati
00:11tau
00:11Terbaru menerusi pendaftaran cap kolektif nasi kerabu Kelantan di bawah Perbadanan Harta Intellect Malaysia, Maipo
00:17Kepada Persatuan Pengusaha Restoran Melayu Kelantan ataupun Meka
00:21Ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pengusaha yang nak menggunakan identiti rasmi nasi kerabu Kelantan
00:27Antaranya kubes dan tauge tak dibenarkan, warna tiruan pun tak boleh digunakan
00:32Kalau nak nasi kerabu berwarna biru, kenalah guna warna semula jadi daripada bunga telang
00:36Manakala ulam-ulaman seperti daun kesom, timun dan daun selok pula antara bahan yang perlu dikekalkan bagi menjaga keaslian hidangan
00:44warisan ini
00:45Menariknya, usaha ini bukan sekadar nak mengekalkan resipi tradisional
00:48Tetapi juga membuka peluang kepada pengusaha tempatan untuk mengembangkan perniagaan dan memperkenalkan nasi kerabu Kelantan ke peringkat yang lebih luas
00:56Nampak macam perkara kecil, tapi inilah usaha untuk memastikan keaslian makanan warisan Kelantan terus terpelihara
01:02Tapi rasa nak tahu kalau anda makan nasi kerabu, ulam apa yang wajib ada atap pinggan?
01:07Cuba komen, kita nak tengok siapa geng nasi kerabu asli

Recommended