00:00UMNO tidak akan memaksa Pakatan Harapan bekerjasama dengan Barisan Nasional pada PRM Melaka
00:07namun kekal terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, kata setiausaha agungnya Ashraf Wajdi Dusuki.
00:16Ashraf berkata demikian mengulas kenyataan pengarah komunikasi amanah Khalid Samad
00:22bahawa PH tidak akan bekerjasama dengan BN atau Perikatan Nasional pada pilihan raya itu.
00:28Kenyataan Khalid hadir ketika timbul spekulasi kemungkinan kerjasama PH Bersatu
00:34susulah pertemuan tertutup pemimpin kedua-dua pihak di sebuah hotel di Melaka.
00:40Bagaimanapun pengarah komunikasi PH Fahmi Fazil berkata,
00:44tiada perbincangan rasmi mengenai kerjasama itu dan sebarang keputusan perlu dibuat majlis presiden gabungan.
00:51Sementara itu Ashraf berkata UMNO masih dalam rudingan dan belum mengadakan perbincangan
00:58mengenai mana-mana jajaran politik baharu bagi menghadapi PRM Melaka.
01:03Azri Zainal, FMT