00:00Pengerusi Urimi P. Ramasami memberi amaran kepada UMNO supaya mempertimbangkan risiko jika menjalinkan kerjasama dengan PAS pada PRU-16 kerana
00:11ada kemungkinan parti Islam itu mengatasi UMNO di kawasan majoriti Melayu.
00:16Dalam satu hantaran di Facebook, beliau berkata walaupun UMNO memperoleh kelebihan pilihan raya melalui kerjasama bagi mengelakkan perpecahan undi Melayu,
00:26PAS boleh mengatasi malah mengetepikan barisan nasional di beberapa kawasan majoriti Melayu.
00:32Ramasami berkata PAS ketika ini kelihatan bersedia menekankan perpaduan politik Melayu-Islam dan nasionalisme apabila kerjasama dengan UMNO memenuhi matlamat
00:44pilihan raya namun boleh kembali dengan lebih kuat kepada identiti politik Islam jika keadaan berubah.
00:50Tambahnya kejayaan dalam PRU-16 boleh menajamkan persaingan antara dua parti Melayu-Islam terbesar itu khususnya di Kubu Kuat PAS
01:00di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.
01:02Yang menurutnya dibina selepas kejatuhan BN.
01:06Ramasami berkata PRN Melaka boleh menjadi petunjuk sama ada Pakatan UMNO-PAS di Negeri Sembilan hanya langkah taktikal untuk negeri
01:14itu atau berkembang menjadi kerjasama lebih luas.
01:18UMNO dan PAS pernah menjadi sekutu di bawah muafakat nasional pada 2019 sebelum pakatan itu runtuh selepas PAS menyertai bersatu
01:27untuk membentuk Perikatan Nasional.
01:32까지 tidak menonton!beda,