00:00Sempena ulang tahun ke-59 penubuhannya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, terus memberkasa usaha membantras rasuah menerusi lima teras utama
00:13seiring perubahan landscape jenayah rasuah yang semakin kompleks.
00:17Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, perubahan landscape jenayah rasuah menuntut institusi itu terus melakukan transformasi dan
00:28menyesuaikan pendekatan agar kekal relevan.
00:32Pelbagai cabaran, perubahan dan juga evolusi dalam usaha kita membantras gejala rasuah serta memperkukuhkan lagi integriti serta tata kelola.
00:44Dalam tempoh tersebut, landscape jenayah rasuah telah berubah dengan ketara daripada mudah kepada susah dan juga kepada lebih kompleks serta
00:57sophisticated.
00:58Justru, SPRM perlulah terus berkembang, melakukan transformasi dan juga menyesuaikan pendekatan agar ianya sentiasa relevan dalam menghadapi cabaran terbaru.
01:16Seiring perubahan itu, SPRM menggariskan lima teras utama sebagai landasan halutuju institusi iaitu integriti tanpa kompromi, penguatkuasaan yang adil dan
01:27saksama, pencegahan yang proaktif, penerapan teknologi dan ketelusan serta kepercayaan rakyat.
01:33Usaha pencegahan diperkasa dengan mengenalpasti kelemahan sistem dan prosedur lebih awal, manakala pendekatan Intelligent Based Investigation IBI turut digunakan bagi
01:44membolehkan siasatan dilakukan secara lebih proaktif.
01:47Pada masa sama, Abdul Halim menekankan teknologi termasuk kecerdasan buatan AI dan analitik data dimanfaatkan bagi mengesan anomali, menjejak aliran
01:57kewangan serta mengenalpasti hubungan berkaitan kes rasuah.
02:05Kekuatan sebuah institusi itu bukan hanya diukur melalui jumlah kes yang disiasat atau tindakan yang diambil, tetapi turut bergantung kepada
02:14sejauh mana institusi itu mampu mengekalkan integriti, profesionalisme dan keyakinan rakyat terhadap SPRM.
02:25SPRM akan terus memastikan masyarakat mendapat maklumat yang tepat mengenal, mengenai usaha, penguatkuasaan, pencegahan dan juga pendidikan anti-rasuah.
02:37SPRM menuju detik 60 tahun yang akan disambut tahun hadapan menerusi sambutan Jubli Intan sekaligus menadakan satu lagi fasa dalam
02:46perjalanan institusi itu dalam memerangi rasuah.
Comments