00:00Nike mempergiatkan usaha mengurangkan kos ketika gergasi pakaian sukan Amerika Syarikat itu berusaha keluar daripada kemerosotan prestasi yang sebahagiannya berpunca
00:10daripada strategi syarikat sendiri.
00:12Syarikat itu berkata program perstrukturan semula akan menghasilkan perjimatan sebanyak 2.5 bilion dolar Amerika dalam tempoh beberapa tahun akan
00:20datang.
00:23Ketua Pegawai Ezeketif Elliot Hill berkata pengurangan pekerja turut menjadi sebahagian daripada langkah itu dalam sidang bersama penganalisis selepas Nike
00:32membentangkan keputusan suku tahunannya pada Khamis.
00:36Hasil pendapatan merosot 4% tahun ke tahun kepada $11.2 bilion dolar Amerika pada suku terbaru manakala keuntungan bersih
00:44susut 2% kepada $712 juta dolar Amerika.
00:48Bagi tahun kewangan yang berakhir pada akhir Mei 2027, Nike menjangkakan hasil akan merosot pada kadar peratusan 1 angka yang
00:56tinggi.
00:57Saham syarikat itu susut kira-kira 4% pada satu ketika semasa dagangan selepas waktu pasaran di Amerika Syarikat.
01:05Nike kini berusaha untuk pulih daripada masalah yang sebahagiannya terkait dengan strategi syarikat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
01:12Syarikat itu semakin memberi tumpuan kepada penjualan secara terus kepada pengguna sekaligus mengurangkan kerbergantungannya kepada peruncit tradisional.
01:22Hill juga mahu memperkukuh tumpuan syarikat terhadap atlet selepas produk gaya hidup memainkan peranan yang lebih besar dalam rangkaian produknya.
01:31Terima kasih telah menonton!