Skip to playerSkip to main content
  • 35 minutes ago
Perintah reman terhadap seorang pengurus syarikat perkhidmatan kewangan dan korporat disambung tiga hari lagi mulai Ahad bagi membantu siasatan kes mengemukakan dokumen mengandungi maklumat palsu bagi mendapatkan pengurangan cukai bernilai kira-kira RM200 juta.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perintah Rehman terhadap seorang pengurus syarikat perkhidmatan keuangan dan korporat
00:03disambung tiga hari lagi bermula esok untuk membantu siasatan kes
00:08mengemukakan dokumen mengandungi maklumat palsu
00:10untuk mendapatkan pengurangan cukai bernilai kira-kira RM200 juta.
00:16Perintah Rehman terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an itu
00:19dikeluarkan oleh Magistret Ilya Syahidah Muhammad Razif
00:22selepas menerima permohonan daripada Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia
00:26di Mahkamah Magistret Putrajaya hari ini.
00:31Temporehman lelaki berkenaan selama tiga hari yang bermula Kamis lepas berakhir hari ini.
00:36Media sebelum ini melaporkan berdasarkan siasatan awal
00:39lelaki itu disyaki memanipulasi kira-kira 480 akaun syarikat
00:44menggunakan dokumen palsu berkenaan bagi tempoh antara 2018 hingga tahun ini.
00:49Dia juga dipercayai memberi rasuah kepada pegawai sebuah agensi penguatkuasa
00:54bagi melicinkan kegiatannya selain dipercayai mengumpul kekayaan luar biasa
00:59melalui aktiviti berkenaan.
01:00Hasil siasatan lanjut, SPRM telah menggeledah 12 lokasi termasuk
01:05premis pejabat dan kediaman lelaki itu.
01:07Menerusi operasi itu, SPRM menyita 25 kenderaan mewah
01:11yang dianggarkan bernilai kira-kira RM25 juta
01:14selain membekukan 7 akaun bank terdiri daripada 4 akaun peribadi
01:18dan 3 akaun syarikat dengan nilai keseluruhan kira-kira RM3 juta.
01:22Ketua Pesuruh Jaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman ketika dihubungi
01:27mengesahkan mengenai sambungan reman itu dan memaklumkan kes disiasat
01:31mengikut Session 16 Akta SPRM 2009.

Recommended