00:00Inflasi Thailand meningkat untuk bulan kedua berturut-turut pada September, didorong kenaikan harga minyak dan stok makanan di proses selain
00:08gangguan bekalan akibat banjir.
00:10Data Kementerian Perdagangan Thailand menunjukkan, indeks harga pengguna atau IHP meningkat 2.82% tahun ke tahun berbanding 2.53
00:20% pada Ogos.
00:23Bagaimanapun, kadar itu lebih rendah daripada unjuran median 3.1% oleh pakar ekonomi dalam tinjauan Bloomberg.
00:31Walaupun masih berada dalam sasaran 1 hingga 3% Bank of Thailand BOT, namun semakin menghampiri had atas sasaran berkenaan
00:40selepas tempoh tekanan harga yang agak rendah.
00:44Kenaikan harga minyak dan bekalan makanan di proses menjadi antara penyumbang utama, susulan kos bahan mentah yang tinggi serta konflik
00:52di Asia Barat.
00:54Selain itu, harga telur, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan turut meningkat apabila perubahan cuaca menjejaskan bekalan hasil pertanian.
01:03Tekanan inflasi dijangka berterusan pada suku keempat apabila harga minyak yang tinggi meningkatkan kos pengangkutan dan bekalan makanan di proses.
01:14Seterusnya, banjir besar yang melanda Bangkok dan beberapa wilayah turut dijangka menambah kira-kira kosong perpuluhan satu mata peratusan kepada
01:23inflasi akibat gangguan bekalan makanan segar.
01:26Kementerian Perdagangan Thailand kini mengunjurkan inflasi keseluruhan bagi 2026 pada 1.8 hingga 2.2 peratus.
01:37Berbanding unjuran sebelumnya 1.5 hingga 2.5 peratus.
01:43Peningkatan inflasi dijangka belum mengubah penerian dasar BOT secara ketara buat masa ini, memandangkan bank pusat itu masih memberi tumpuan
01:52kepada sokongan ekonomi yang diunjurkan berkembang sekitar 2 hingga 2.5 peratus tahun ini.
01:59BOT mengekalkan kadar dasar pada 1 peratus untuk mesyuarat ketiga berturut-turut pada Ogos, dengan keputusan dasar monetary seterusnya dijadwalkan
02:10pada 28 Oktober.
02:13Terima kasih telah menonton!