Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
New York pada Isnin mengisytiharkan darurat bencana di seluruh negeri itu susulan wabak campak, pengisytiharan pertama seumpamanya oleh sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS) Sejak kes mula melonjak pada 2025.

Category

🗞
News
Transcript
00:00New York pada Isnin mengisytiharkan darurat bencana di seluruh negeri itu susulan wabak campak.
00:06Perintah eksekutif yang dikeluarkan Governor New York, Kathy Hochul, adalah pengisytiharan pertama, seumpamanya oleh sebuah negeri di Amerika Syarikat sejak
00:15kes mula melonjak pada 2025.
00:19Sebanyak 108 kes campak dilaporkan dalam kalangan penduduk New York tahun ini setakat Sabtu lalu dengan 7 kes disahkan di
00:27Bandaraya New York.
00:28Jabatan Kesihatan Pennsylvania pada Isnin mengumumkan, 1,004 kes campak disahkan di 39 kaunti di Pennsylvania setakat ini pada 2026
00:38dengan 5 kematian disahkan berkaitan campak.
00:41Perajaan Negeri New York turut melancarkan platform dalam talian yang menyediakan maklumat terkini mengenai kes campak bagi membantu orang ramai
00:48dan pegawai kesihatan memantau risiko setempat serta meningkatkan kesedaran.
00:53Darurat itu berkuat kuasa hingga 4 November.
00:56Setakat 1 Oktober, Amerika Syarikat merekodkan 3,887 kes campak yang disahkan pada 2026.

Recommended