00:00Thailand akan melaksanakan pakej pelancongan khas untuk penumpang antarabangsa yang mempunyai tempoh transit panjang di negara itu.
00:08Inisiatif berkenaan bertujuan memberi peluang kepada penumpang menikmati lawatan singkat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
00:18Skim perintis itu dijangka bermula pada awal 2027 melibatkan empat lapangan terbang utama iaitu Suvarnabum, Domyung Ang, Phuket dan Krabi.
00:28Pakej yang ditawarkan akan memberi tumpuan kepada pengalaman budaya, makanan tempatan, kesihatan serta kesejahteraan diri.
00:37Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan Thailand, Pipat Racha Kiprakan berkata,
00:42inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha mengukuhkan hubungan antara sektor pengangkutan, penerbangan dan pelancongan negara.
00:50Katanya Kementerian Pengangkutan telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan enam organisasi bagi menjayakan program tersebut.
00:59Antara pihak yang terlibat ialah Jabatan Lapangan Terbang, Lembaga Pelancongan Thailand, Thai Airways International dan Persatuan Syarikat Penebangan Thailand.
01:08Menerusi inisiatif itu, penumpang antarabangsa yang mempunyai tempoh transit antara enam hingga lapan jam akan berpeluang menyertai lawatan singkat ke
01:18bandar atau tarikan pelancongan berhampiran.
01:20Mereka kemudian akan dibawa kembali ke lapangan terbang untuk meneruskan perjalanan mengikut jadual penerbangan masing-masing.
01:27Jelasnya projek itu selari dengan matlamat kerajaan Thailand untuk menjadikan Bangkok sebagai hak penerbangan utama bagi penumpang transit dan kargo
01:37udara di rantau ini.